Ahad, 18 Januari 2015

Terung Sambal Udang Kering


Terung Sambal Udang Kering
Resipi :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
2 biji terung ungu saiz sederhana
Sedikit garam
1 camca besar minyak zaitun
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan Sambal Udang Kering
1/2 cawan udang lering, cuci dan rendam 10 minit
1/4 cawan cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
20 biji cili padi
3 biji buah keras, dihiris
2 biji tomato yang masak ranum, dicincang
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.  Sambal : Toskan udang kering, perah sedikit kemudian tumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Ketepikan.
2.  Sementara itu dalam alat pengisar (blender), kisar buah keras dan bawang putih hingga halus, Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi. Kisar hingga hancur tak perlu sampai halus (guna butang 'pulse' pada alat pengisar anda semasa mengisar). Ketepikan.
3.  Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 1 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum, masukkan cili kisar dan masa hingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Tambah udang kering tumbuk dan tomato cincang. Kacau dan terus memasak hingga tomato hancur.
4.  Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau dan terus memasak hingga sambal pekat dan naik minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.

Untuk Terung Salai
Terung di kerat 3 (ikut saiz terung yang anda guna). Kemudian belah 2 setiap keratan. Gaul dengan sedikit garam dan minyak zaitun (kalau takde, guna saja minyak masak). Panaskan non-stick pan, kemudian salai terung tadi hingga lembut dan perang pada kedua2 bahagian. Angkat dan ketepikan

Untuk menghidang,  Susun terung salai dalam pinggan sesuai. Kemudian sudukan sambal udang kering tadi secukupnya atas terung salai dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan lauk2 kegemaran anda....Selamat mencuba!!.
Terung Sambal Udang Kering

Tiada ulasan:

Catat Ulasan