Rabu, 31 Disember 2014

Kentang Spiral Bakar / Spiral Baked Potatoes


Kentang Spiral Bakar / Spiral Baked Potatoes

Bahan-bahan
4 biji ubi kentang - cuci biarkan kulitnya
1 sudu besar mentega cair
1/2 sudu kecil garam halus
Parutan keju cheddar - jika suka

Bahan B - Gaul bersama untuk sapuan
2-3 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil bawang putih cincang
2-3 sudu besar campuran daun parsley, daun bawang cincang

 Cara-cara :
1.  Letak ubi kentang di antara 2 batang kayu chopstick, dan potong nipis 1/8in tebal.  Kayu chopstick mengelak ubi kentang dari terputus sewaktu memotongnya.

2.  Alas dulang pembakar dengan aluminium foil.  Susun ubi kentang dan sapu sedikit dengan mentega cair seluruh permukaan kentang dan tabur secubit garam.

3.  Panaskan oven pada suhu 200C dan bakar selama 40-50minit hingga ubi kentang lembut dan atasnya keperangan.
4.  Keluarkan dari oven dan sapu bahan B hingga rata di permukaannya.  Masukkkan parutan keju di celah2 hirisan kentang.

5.  Bakar semula selama 5 minit hingga keju cair.
6.  Hidang bersama sos sour cream
 
Sos Sour Cream
1/2 cawan sour cream
1 sudu besar bawang putih kisar
daun parsley cincang

Gaul hingga rata dan letak di atas ubi kentang, tabur sedikit daun parsley atau daun bawang sebagai hiasan.
Kentang Spiral Bakar / Spiral Baked Potatoes 

Selasa, 30 Disember 2014

Bingka Cheese Sarawak


Bingka Cheese Sarawak
Sumber :  HaSue@Sue Hasue.blogspot

Bahan A
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B
250g mentega
250 cream cheese Philadelphia - lembutkan dahulu pada suhu bilik
1/2 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung hong kong
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

4 biji loyang bingka - gris dengan mentega

Cara-cara :
1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung, cream cheese, esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak bergantung pada jenis oven)
7.  Biarkan bingka betul-betul sejuk sebelum di potong dan di hidangkan.

** jika menggunakan loyang bingka, panaskan dahulu di atas api dapur sebelum di tuang adunan.
 Bingka Cheese Sarawak

Isnin, 29 Disember 2014

Kuey Teow Cantonese


Kuey Teow Cantonese

Bahan-bahan
1 packet Kuey Teow
1 sudu besar minyak bawang putih **
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair

Bahan Kuah
Isi ayam secukupnya - hiris
4-5 ekor udang - jika suka
2 keping fish cake - hiris
3 tangkai sayur sawi atau bok choy - potong
1 in carrot - potong halus
3 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih - ketuk
3 cawan air

Bahan Perasa
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil kicap pekat
1/2 kiub pati ayam - hancurkan
sedikit garam

Bahan Pemekat
1 biji telur - pukul ringan dengan garfu
1 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih hingga naik bau.  Ketepikan ** 1 sudu besar minyak bawang**  tadi dan masukkan ke dalam non-stick pan.  Tinggalkan bawang putih dan lebihan minyak untuk membuat kuah kuey teow.
2.  Cuci kuey teow dan toskan.  Gaul di dalam non-stick pan bersama minyak bawang putih, minyak bijan, kicap cair dan kicap manis.  Goreng seketika hingga bergaul rata.  Ketepikan.
3.  Dalam periuk kuah, masukkan hirisan isi ayam dan udang, masak seketika.  Masukkan fish cake dan carrot, gaul rata.
4.  Masukkan air dan tambahkan dengan bahan perasa.  Biarkan mendidih. 
5.  Akhir sekali masukkan sayur sawi dan bahan pemekat dan biarkan mendidih seketika.
6.  Untuk menghidang, masukkan kuey teow ke dalam mangkuk dan tuang kuah ke atasnya.
 Kuey Teow Cantonese

Ahad, 28 Disember 2014

Asam Rebus Batang Keladi


Asam Rebus Batang Keladi

Bahan-bahan
6-8 batang keladi - buang kulit, potong 1 in
1 sudu besar udang kering / ikan bilis
2 tangkai daun kesum
4 keping asam gelugor
4 cawan air
garam secukupnya

Bahan Kisar
4 tangkai cili merah
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit segar
1/2 inci belacan

Cara-cara :
1.  Rebus batang keladi hingga lembut bersama sedikit garam.  Toskan.
2.  Masukkan air ke dalam periuk bersama asam gelugor, udang kering dan bahan kisar.  Masak hingga mendidih.
3.  Kemudian masukkan batang keladi, daun kesum dan garam secukup rasa.  Biar mendidih seketika.  Angkat dan hidangkan bersama nasi.
Asam Rebus Batang Keladi

Jumaat, 19 Disember 2014

Martabak Lapis Kraker


Martabak Lapis Kraker
Sumber :  Yatie@SinarKehidupanku

Bahan-Bahan
1 bungkus biskut tawar cream cracker Ping Pong
400 ml santan sederhana pekat
1 tin susu cair / susu sejat
6 biji telur grade A

Lapisan Daging
400 gm ayam / daging kisar
3 biji bawang besar dicincang halus
1 paket kecil / 3 sudu besar serbuk kari daging
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang lobak merah diparut
1 tangkai cili merah
Daun bawang daun sup dicincang
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa, sedikit gula

Hiasan :  Daun bawang, daun sup dan cili hiris

Loyang : 9 x 9 x 3 - di gris mentega

Cara Masak Inti
1.  Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
2.  Panaskan minyak tumis pes basah sehingga garing dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
3.  Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
4.  Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara Membuat Lapisan Martabak Lapis Kraker
1.   Celup biskut crackers ke dalam campuran susu dan santan.  Susun hingga penuh di dasar loyang.
2.   Lapiskan dengan lapisan daging hingga rata.
3.   Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
4.  Susun lagi biskut crackers atas lapisan daging dan telur tadi.  Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
5.  Ulangi melapis sehingga 3 lapisan. 
6.  Untuk lapisan terakhir, susun biskut crackers, tuangkan baki susu sehingga habis.  Tabur hirisan daun bawang, daun sup dan cili hiris sebagai hiasan.
7.  Bakar selama 35-40 min pada suhu 180C atau sehingga masak.
8.  Hidang bersama mayonies atau sos cili.
Martabak Lapis Kraker

Rabu, 17 Disember 2014

Apam Lapis Keladi


Apam Lapis Keladi

Bahan A
200gm keladi - rebus, lecek halus
200ml santan pekat
Satukan dan blend hingga menjadi pes

Bahan B
4 biji telur
2 sudu kecil ovalette
1/2 sudu teh esen keladi
250gm gula pasir
250gm tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
150ml santan pekat

Pewarna ungu dan kuning

Loyang plastik 8in - di gris mentega

Cara-cara :
1.  Pukul telur, ovalette, esen keladi dan gula hingga kembang dan pekat.
2.  Masukkan pes keladi, tepung gandum, tepung susu dan santan.  Gaul hingga rata.
3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian di campur pewarna ungu dan satu bahagian lagi di campur pewarna kuning.
4.  Panaskan pengukus, masukkan adunan ungu ke dalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
5.  Angkat dan tuang lapisan kuning, kukus selama 30 minit hingga masak.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Apam Lapis Keladi

Puding Kastard Cocktail


Puding Kastad Cocktail
Sumber :  MrsNor Wahid FB

Bahan Puding
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air + jus cocktail, jadikan 5 cawan
2 sudu besar gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan dan masak diatas api sederhana, kacau sampai pekat dan meletup-letup.
2.  Masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
3.  Sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
4.  Hidangkan bersama fruit cocktail dan sosnya.

Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
1 tin air (tin susu)
100gm gula pasir atau ikut kemanisan
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastard
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - optional

1 tin fruit cocktail atau coco de nata atau buah-buahan segar

Cara-cara :
Satukan semua ke dalam periuk, whisk hingga rata.  Masak hingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit.  Tuang ke atas kastard dan tabur buah-buahan cocktail.
Puding Kastard Cocktail

Selasa, 16 Disember 2014

Roti Jala


Roti Jala

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
400ml air / susu cair
1 sudu besar majerin cair
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, gaul atau kisar hingga sebati, Kemudian tapis.
2. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan roti jala dan kirai bermula dari tepi berpusing hingga ke tengah kuali dengan teknik putaran (spiral) diatas kuali leper non stick.


3. Biarkan sekejap, apabila adunan mengering. Angkat, lipat kiri dan kanan dan gulung atau lipat bentuk segitiga.
4. Hidang bersama kuah kari daging atau ayam.  Resipi Kari Daging klik di SINI

Acuan Roti Jala .. pic credit to qkitchen.com

*** Jika adunan agak pekat tambahkan sedikit air.  Pastikan aliran adunan lancar dan tidak tersekat apabila keluar dari acuan roti jala
Roti Jala

Ahad, 14 Disember 2014

Kari Kambing Madras / Madras Lamb Curry


Kari Kambing Madras / Madras Lamb Curry
Sumber :  Mrs Nor Wahid FB

Bahan-bahan
800g rusuk kambing – dipotong 1 inci
6 sudu makan minyak jagung / minyak sapi
2 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang kecil – dihiris
1 in halia – dipotong mayang
1 helai daun pandan – di simpul
1 in kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari daging
2 biji tomato - potong dadu (K1 tambah)
8 cawan air
2 biji ubi kentang – jika suka
1/2 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu makan bawang goreng - tumbuk halus
1 sudu makan gula melaka atau gula merah
1/2 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan periuk, masukkan minyak, tumis bawang putih,halia,bawang merah, daun pandan, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan kambing, kacau hingga separuh masak.
3. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan rempah kari, kacau hingga rata selama 2 minit. Kemudian masukkan air.  Tutup periuk dan masak hingga daging lembut.
4. Kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, tomato dadu dan reneh selama 30 minit hingga kentang dan lobak merah lembut.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan bawang goreng tumbuk, sekiranya terlampau pekat, masukkan sedikit air.
6. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula merah secukup rasa dan perahan air limau nipis.
7. Siap dan hidang.
Kari Kambing Madras / Madras Lamb Curry

Kari Kambing Madras / Madras Lamb Curry sesuai di hidang bersama nasi, roti atau roti jala..

Rabu, 3 Disember 2014

Chocolate Marshmallow Bar

Chocolate Marshmallow Bar
Source :  Glutenfree.com

Bahan-bahan
300gm coklat masakan susu (milk chocolate compound) - cincang kecil
2 sudu kecil mentega
80gm mini marshmallows

Hiasan :  Coklat masakan putih, manik gula jika suka.
Cara-cara :
1.  Alas loyang 7 x 7in dengan aluminium foil.
2.  Satukan coklat masakan dan mentega.  Cairkan secara double boiler hingga coklat mencair, gaul rata.

3.  Angkat dari dapur, masukkan marshmallows ke dalam coklat dan gaul rata dengan spatula.
4.  Tuang ke dalam loyang dan ratakan.  Hentakkan sedikit loyang supaya marshmallow timbul di permukaan coklat.  Paip dengan coklat masakan putih atau hiasan yang di sukai.
5.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6.  Keluarkan dari acuan, biarkan pada suhu bilik seketika sehingga coklat lembut sebelum di potong dan di hidang.. Enjoy !


*** Basic resipi Chocolate Marshmallow Bar boleh di pelbagaikan dengan campuran pes peanut butter, hazelnut, kekacang, buah campuran kering, bijirin ranggup dan serpihan biskut atau waffle.
Chocolate Marshmallow Bar

Selasa, 2 Disember 2014

Pengat Pulut Nangka / Bubur Pulut Nangka


Pengat Pulut Nangka / Bubur Pulut Nangka

Bahan-bahan
1 cawan pulut
1 cawan air

Kuah
500ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
100gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

10 ulas nangka - buang biji

Cara-cara :
1.  Cuci dan masak pulut dengan api kecil hingga masak. Angkat, biarkan suam sedikit kemudian kepalkan bulat2 dan masukkan ke dalam ulas nangka.  Ketepikan.
2.  Satukan bahan kuah, masak hingga hampir pekat.  Kecilkan api dan masukkan ulas nangka ke dalam periuk.  Tutup periuk dan reneh sekejap hingga nangka menjadi lembut.
3.  Angkat dan hidangkan bersama kuah.

*** Jika suka, boleh letakkan pes pandan atau jus bunga telang bila pulut hampir kering, gaul2 kan dan tutup periuk sebentar sebelum di angkat.
 Pengat Pulut Nangka / Bubur Pulut Nangka

Sabtu, 29 November 2014

Bubur Pulut Hitam / Black Glutinous Rice Dessert


Bubur Pulut Hitam / Black Glutinous Rice Dessert

Bahan-bahan
250gm pulut hitam (dicuci dan direndam 3-4 jam)
800ml air untuk merebus

Bahan B
150gm gula pasir
350ml santan cair
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan di simpul

Bahan C - santan pekat
300ml santan KARA + 200ml air
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar tepung beras
(Satukan dan masak hingga kuah agak pekat)

Hidangan yang di syorkan - bersama hirisan nangka, durian atau jagung krim..

Cara-cara :
1.  Toskan pulut kemudian masak dengan air sehingga kembang dan empuk.  Bila airnya tinggal sedikit masukkan bahan B dan masak hingga gula larut dan mendidih sekejap.
2.  Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama bahan C, (santan pekat)
3.  Tabur dengan hirisan nangka, durian, jagung jika suka.
Bubur Pulut Hitam / Black Glutinous Rice Dessert

Isnin, 24 November 2014

Kuih Kaswi Keladi


Kuih Kaswi Keladi
Resipi :  Sulimah Mohamed
Sumber :  Aini Binte Madon FB

Bahan A
200ml santan KARA (1 pack kecil)
200 ml air
80 gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
30 gm tepung kanji / tepung ubikayu
1/2 sudu teh air kapur
80gm keladi - potong dadu, rebus hingga empuk, toskan

Bahan B
150 gm gula pasir
120 gm santan cair

Bahan C
1/2 sudu teh esen keladi
Sedikit pewarna ungu

Acuan lompang - gris dengan sedikit minyak masak

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan A, masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga keladi halus.  Ketepikan.
2.  Masak bahan B hingga gula larut.  Tuangkan adunan ke dalam bahan A, gaul rata.  Kemudian masukkan bahan C, kacau hingga rata.
3.  Masak adunan sebentar hingga naik wap.  Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan2 kuih lompang
4.  Kukus selama 15 minit. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut.

Kelapa parut putih
Daun pandan - digunting2
Sedikit garam

Satukan semua dan kukus selama 20 minit.  Hidang bersama kaswi keladi.  Enak juga di makan tanpa kelapa parut..
Kuih Kaswi Keladi

Ahad, 23 November 2014

Victoria Sandwich


Victoria Sandwich
Sumber :  Nadia Saif FB

Bahan-bahan
1 tin kecil sardin / Mackerel
1 biji bawang besar sederhana - dadu kecil
2 biji cili padi - hiri halus
1 sudu kecil jus limau nipis
Sedikit garam
1 buku roti
2 biji carrot - potong kecil, rebus dan lecek halus
2 biji timun - buang biji, sagat halus, peras airnya
3 keping keju - jika suka

Sapuan - Mayonis dan Mentega

Cara-cara :
1.  Lecek ikan sardin, masukkan bawang, cili, jus limau nipis dan garam.  Gaul dengan 2-3 sudu besar sos sartin hingga rata.  Ketepikan.
2.  Lapisan pertama :  Sapu roti dengan mayonis, ratakan inti carrot di atasnya.
3.  Sapu sekeping lagi roti dengan mentega, letak di atas lapisan carrot.
4.  Lapisan kedua :  Sapu roti dengan mayonis, ratakan inti sardin, sapu sekeping lagi roti dengan mentega, letak di atas lapisan sardin.
5.  Lapisan ketiga :  Ulangi langkah di atas, mayonis, inti timun dan mentega.
6.  Lapisan Akhir :  Sapu sekeping roti dan letak di atas inti yang terakhir.  Kemudian tekan lapisan roti biar padat.
7.  Tindan 2 set sandwich dalam bekas supaya padat dan melekat.  Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
8.  Potong dan buang tepi roti.  Potong segi atau tigasegi mengikut suka.
Langkah seperti gambar Nadia Saif :)


Victoria Sandwich juga boleh di tambah dengan lapisan kepingan keju, salad atau tomato .. perfect !
Victoria Sandwich



Selasa, 18 November 2014

Roti Puri / Poori Bread


Roti Puri / Poori Bread 
Resipi :  Tuan Haji Mamak Haji FB

Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil susu tepung (jika ingin puri lembut dan berlemak)
1/2 sudu kecil gula
150ml air suam
1 sudu besar tpg suji**

Menghasilkan 10 biji roti puri

Cara-cara :
1.  Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas.  Adunkan semua hingga rata.
2. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh seperti doh capati.
3. Tutup dengan kain lembab selama 20 minit.
4. Bahagi doh seberat 50gm,  bentukkan menjadi bebola yang sama saiz sebesar buah lemon. (saiznya separuh saiz bebola roti canai atau capati.
5.  Titis minyak masak atas papan canai supaya tidak melekat dan canai nipis dan bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati.
6. Panaskan minyak dan goreng puri.  Bila puri terapong, tekan sedikit ke dalam minyak dengan sudip supaya puri mengelembong dengan baik.


Tips menyediakan Puri Terbaik : Tuan Hj Mamak Haji

Doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab sebelum dikepingkan.

Bila membuat kepingan puri jangan ditindih satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Meleperkan puri, gunakan sedikit minyak di atas permukaan papan canai dari menggunakan tepung untuk mengelakan melekit dipemukaannya.

Ini rahsia membuat puri yang lembut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk. Semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan mengekalkan gelembung puri .

Minyak gorengan puri perlu panas yang cukup semasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Biasanya minyak panas perlu berada 375 F – 400F. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk  puri mudah terapong.

Selepas masukkan puri yang perlu digoreng, beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan, supaya gelumbung keseluruhan di perolehi dengan baik. Puri yang baik adalah lembut, begelumbung sempurna dan ringan.
 Roti Puri enak di cicah bersama Alu Gabi, Kuah Kari atau Sambal Bilis ..
Roti Puri / Poori Bread

Alu Gobi


Alu Gobi
Resipi :  Tuan Hj Mamak Haji FB

Bahan-Bahan
5-7 biji ubi kentang sederhana besar
Rebus sehingga empuk.  Toskan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Ketepikan.
1 biji bawang besar dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris
2 biji tomato dipotong dadu
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
1 pokok ketumbar.  Asingkan batang dan daun, hiris halus
1 sudu besar pes halia bawang putih
1 cawan kacang campur (frozen) sejuk beku.  Rendam dan toskan.

Cara-cara :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.  Masukan biji jintan putih dan bawang hiris.  Tumis hingga bawang bertukar warna keperangan, masukkan batang ketumbar.
2. Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
3. Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.
4. Masukkan kacang campur dan gaul rata.  Bila naik bau masukkan ubi kentang rebus dan gaul rata.  Masukkan cili hijau dan garam masala.
5.  Akhir sekali, masukkan tomato dan gaul rata.  Masak dalam 2-3 minit saja.
6. Tutup api dapur dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar.  
Alu Gobi hidangan bersama roti puri.
Roti Puri / Poori Bread