Isnin, 27 April 2015

Sup Udang


Sup Udang

Bahan-bahan
300gm udang, buang kulit, bersihkan
600ml air
10gm suhun dan sekeping fuchuk - rendam, toskan
1/2 batang carrot - potong bulat
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai daun bawang dan daun sup - hiris
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar / Tumbuk
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 hiris halia

Penyediaan :
1.  Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar bersama cili hingga naik bau.
2.  Masukkan air, lobak merah, masak hingga mendidih.
3.  Masukkan udang, suhun, fuchuk dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
4.  Masak hingga mendidih.  Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.
Sup Udang

Jumaat, 24 April 2015

Apom Lenggang

Apom Lenggang
Sumber :  Che' Nom FB

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam

Bahan untuk kisar halus:
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:
Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.

Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.

Perap selama beberapa jam. Minimum perapan satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.

Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.

Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.  Boleh di hidang begitu saja atau dengan kelapa parut muda yang di gaul sedikit garam.

Tips: Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalaman, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.
Apom Lenggang

Jumaat, 17 April 2015

Biskut Tart Kurma


Biskut Tart Kurma

Bahan-bahan
200gm mentega
50gm gula kaster
2 kuning telur
250gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung

Jem Kurma
200gm kurma, cincang halus
50ml susu cair
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega

-  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat.  Sejukkan dahulu dan gentel bujur.

Penyediaan 
1.  Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
2.  Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
3.  Canai dan terap menggunakan penerap bulat.  Leperkan sedikit supaya senang di lipat, masukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah.  Ambil sedikit doh, letakkan melintang di tengah seperti bingkisan.
4.  Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Biskut Tart Kurma

Sabtu, 11 April 2015

Strawberry Smootie


Strawberry Smootie

Bahan-bahan
1 cawan strawberry beku / 10biji strawberry segar
1 cawan cawan susu segar
1/4 cawan gula pasir
8-10 ketul ais

Masukkkan semua ke dalam pengisar dan kisar halus.  Sedia di nikmati
.Strawberry Smootie


Khamis, 9 April 2015

Chocolate Avocado Mousse Cake


Chocolate Avocado Mousse Cake

Bahan Dasar Kek
250gm chocolate sponge mix
185gm telur (tanpa kulit)
50ml air
75gm mentega cair
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh chocolate emulco

Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair.  Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.  Masukkan mentega cair dan putar perlahan dan sebati.  Tuang ke dalam loyang 9 x 9in yang di alas kertas minyak.  Bakar selama 40-45 minit pada suhu 180C.  Sejukkan di atas redai dan potong setebal 1 in.  Masukkan potongan kek ke dalam loyang 8in loose base tin. Ketepikan.

Mousse Chocolate Putih
400ml susu cair
30gm gula pasir
30gm tepung jagung + 2 sudu besar air (larutkan)
70gm coklat masakan putih - potong kecil
2 kuning telur - kocok ringan
3 1/2 sudu kecil gelatin
50ml air
200ml non diary whipping cream 

Mousse Avocado
200 ml susu cair
100 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
30 gram tepung jagung - 2 sudu besar air (larutkan)
2 kuning telur - kocok ringan
3 1/2 sudu kecil gelatin
50ml air
250 gram isi avocado, kisar halus
200 ml non diary whipping cream

Penyediaan Mousse Coklat Putih :
1.  Masukkan air ke dalam bekas, tabur gelatin hingga kembang.  Cairkan secara double boiler hingga larut.  Tutup api dan masukkan kuning telur ke dalam gelatin, kacau sebati.  Ketepikan.
2.  Satukan susu cair dan gula, masak hingga mendidih.  Masukkan larutan tepung jagung, gelatin, whipping cream dan coklat masakan putih, masak hingga meletup-letup.
3.  Tuang ke atas lapisan kek.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk hingga permukaannya beku.

Penyediaan Mousse Avocado :
1.  Masukkan air ke dalam bekas, tabur gelatin hingga kembang.  Cairkan secara double boiler hingga larut.  Tutup api dan masukkan kuning telur ke dalam gelatin, kacau sebati.  Ketepikan.
2.  Satukan susu cair, gula dan garam, masak hingga mendidih.  Masukkan larutan tepung jagung, gelatin, whipping cream dan pes avocado, whisk hingga rata dan masak hingga meletup-letup.
3.  Tuang ke atas lapisan mousse coklat putih.  Simpan di dalam peti sejuk hingga beku sebelum di potong.
Chocolate Avocado Mousse Cake



Rabu, 8 April 2015

Sambal Terung


Sambal Terung
Sumber :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan :
1 biji terung ungu saiz besar @ 2 biji terung bersaiz sederhana
2 helai daun limau purut
5 biji cili merah (kalau tak suka pedas, boleh buang biji)
1 camca teh pes asam jawa
1 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit dan toskan
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
Secubit belacan, dibakar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketumbar, untuk hiasan

Penyediaan :
1.  Terung dicuci, kemudian lap kering. Potong pada 4 bahagian, kemudian belah 4 untuk setiap potongan. Gaul dengan sedikit garam. Panaskan kuali, masukkan 3 camca besar minyak masak atau minyak zaitun, biar panas. Masukkan terung, kacau dan biar hingga terung layu dan lembut. Angkat dan toskan atas kertas tissue dapur.
2.  Sambal : Kisar buah keras dan bawang putih hingga halus, masukkan udang kering dan belacan, kisar sekejap. Tambah bawang merah dan cili merah. Kisar jangan terlalu halus, guna butang pulse. Teksture cili dan bawang harus sedikit kasar (boleh juga tumbuk guna lesung batu).
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi hingga harum, masukkan pes asam jawa, daun limau purut, sedikit gula dan garam secukup rasa. Masak dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga sambal pekat.
4.  Susun terung yang telah digoreng tadi dalam bekas sesuai. Sudukan secukupnya sambal atas terung, ratakan dan hias dengan daun ketumbar. Hidangkan segera bersama nasi panas.
Sambal Terung


Isnin, 6 April 2015

Puding Coklat Avocado / Avocado Chocolate Pudding


Puding Coklat Avocado / Avocado Chocolate Pudding

Bahan A
600ml susu cair
200gm avocado (masak ranum) - kisar halus
100gm gula pasir
8gm serbuk agar-agar (2 1/2 sudu kecil)

- buah avocado dibelah dua, buang biji dan keluarkan isinya dengan sudu dan kisar halus.

Bahan B
400ml susu cair
50gm gula pasir
5gm serbuk agar-agar ( 1 1/2 sudu kecil)
100gm coklat masakan - cincang kecil

Penyediaan :
1.  Masak bahan A kecuali avocado hingga mendidih.  Tutup api dan masukkan avocado, whisk hingga rata.  Tuang  di dalam bekas/gelas 3/4 penuh.  Biarkan separuh beku.
2.  Masak bahan B kecuali coklat masakan hingga mendidih.  Tutup api, masukkan coklat dan kacau hingga coklat larut.  Tuang di atas lapisan avocado.
3.  Biarkan beku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Puding Coklat Avocado / Avocado Chocolate Pudding

Sabtu, 4 April 2015

Udang Mayonnaise / Mayonnaise Prawn


Udang Mayonnaise / Mayonnaise Prawn

Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana - buang kulit, tinggalkan ekornya
sedikit garam dan serbuk lada putih
2 biji putih telur
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil bijan hitam - untuk taburan

Bahan Mayonnaise
5 sudu besar mayonnaise
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar madu
1 sudu besar jus lemon
 - Satukan semua bahan, gaul rata.

Penyediaan :
1.  Toskan udang dan keringkan airnya di atas tissue dapur.  Gaul dengan sedikit garam dan serbuk lada putih.
2.  Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung hingga rata.
3.  Panaskan minyak dan goreng sebentar hingga udang terapung, angkat dan toskan.
4.  Gaul udang bersama mayonnaise dan tabur dengan sedikit bijan.
5.  Hidangan ini sesuai di jadikan hidangan pembuka dan di sajikan bersama daun salad dan tomato cherry.
Udang Mayonnaise / Mayonnaise Prawn