Selasa, 24 November 2015

Pulut Tai Tai


Pulut Tai Tai

Bahan-bahan
300gm pulut - rendam 4-5 jam
300ml santan segar + 1/2 sudu teh garam, kacau
30 kuntum bunga telang
1 keping asam gelugor

Loyang 6in di alas daun pisang atau plastik

Penyediaan :
1.  Masak bunga telang dengan sedikit air hingga mendidih dan keluar warnanya.  Toskan jus nya ke dalam bekas.
2.  Cuci pulut, ambil 1/3 pulut dan rendam bersama jus bunga telang dan sekeping asam gelugor.  Baki pulut pula di rendam dengan air biasa.  Rendam selama 4-5 jam.
3.  Toskan pulut, ratakan pulut tanpa warna sebelah menyebelah dengan pulut ungu di dalam sebuah loyang.
4.  Kemudian tuang santan perlahan2 sehingga rata.  Kukus di dalam pengukus yang di panaskan dahulu selama 30 minit.
5.  Angkat, kemudian gaulkan kedua pulut tadi supaya bercampur.  Ratakan kembali dan tekan padan ke dalam loyang.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidang dengan serikaya.
Pulut Tai Tai

Selasa, 17 November 2015

Chili Crab Gemilang


Chili Crab Gemilang
Resipi :  Tartqueen Intan Gemilang FB

Bahan-bahannya
2 kg ketam nipah atau ketam biasa - cuci dan potong 2
sedikit minyak untuk menumis
1 labu bawang - dihiris
2 cm halia - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar - dikisar
4 sudu besar cili kisar (kepedasan ikut suka)
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 biji telur ayam - pukul ringan
2 biji tomato - dipotong wedges
secekak daun ketumbar - dihiris kasar

Cara-cara Membuatnya :
1.  Panaskan minyak masak di dalam kuali.  Tumis hirisan bawang besar sehingga berbau harum dan kekuningan.
2.  Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing
3.  Masukkan ketam dan air secukupnya.
4.  Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa serta sos cili dan sos tomato.  Gaul rata.
5.  Tutup kuali dengan penutup sebentar sehingga kesemua ketam bertukar warna merah.  Rasa masam, manis dan masin kuahnya
6.  Masukkan telur dan reneh sebentar sehingga telur masak.  Kemudian gaul rata bersama ketam.  Masukkan tomato wedges dan hirisan daun ketumbar
7.  Boleh di hidang bersama bun mantou atau nasi.
Chili Crab Gemilang

Isnin, 16 November 2015

Dalca Daging Kelantan



Dalca Daging Kelantan
Sumber Asal :  Linapg@Teratak Mutiara Kasih

Bahan-Bahan
400gm daging, hiris dan rebus hingga empuk atau 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil
1 paket kecil rempah dalca atau rempah kari daging
3 biji terung bulat - belah 6
6 tangkai kacang panjang - patahkan 1 in panjang
2 biji kentang, belah 8
1 batang carrot, potong baji
2 biji cili merah, belah 2
2 biji cili hijau, belah 2
1 cawan santan pekat
2 asam keping
Garam dan gula secukupnya

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
3 hiris lengkuas
3 sudu besar cili kisar

Cara-Cara
1.  Daging di rebus hingga empuk.  Simpan air rebusannya.
2.  Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga naik bau.   Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit.
3.  Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.  Jadikan pes pekat.
4.  Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging atau ayam gaul bersama rempah hingga sebati. Biarkan sebentar hingga kecut dan mesra dengan rempah tumisan.
5.  Masukkan sedikit air rebusan daging, kentang dan carrot.  Biar mendidih sehingga kentang dan carrot lembut.
6.  Setelah itu masukkan santan, asam gelugor dan tambah air rebusan secukupnya.  Masukkan kacang panjang, terung dan cili.  Perasakan dengan garam dan gula/perasa secukupnya.  Masak sebentar hingga sayuran lembut.

Dalca Daging Kelantan

Selasa, 10 November 2015

Kulat Sisir Goreng Kunyit


Kulat Sisir Goreng Kunyit

Bahan-bahan
3 cawan kulat sisir
1/2 labu bawang besar - potong 2 hiris halus
2 batang serai - ketuk
5 tangkai cili padi - ketuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris kunyit hidup
Segengam ikan bilis - cuci bersih
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Penyediaan :
1.  Bersih kotoran pada kulat.  Rendam dengan sedikit garam, cuci 2-3 kali, toskan.
2.  Peras cendawan hingga airnya kering.  Kemudian sangai di dalam kuali hingga airnya kering.  Angkat dan ketepikan.
3.  Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hingga lumat.  Masukkan ikan bilis dan cili padi, tumbuk kasar.
4.  Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk dan serai hingga naik bau.  Masukkan hirisan bawang besar dan goreng sedikit layu.  Masukkan kulat, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.  Goreng hingga agak kering.
5.  Angkat dan hidangkan bersama nasi.
Kulat Sisir Goreng Kunyit