Khamis, 22 Oktober 2015

Tepung Boko Beras Gula Merah


Tepung Boko Beras Gula Merah

Bahan-bahan

Sos Santan / Kepala Santan
300ml santan pekat KARA
200ml air
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Satukan dan tapis ke dalam periuk.  Kacau di atas api sederhana hingga sos pekat.  Angkat dan ketepikan.  Sementara itu sediakan adunan tepung boko.

Sirap Gula Merah
200gm gula merah
1 sudu besar gula pasir
150ml air
1 helai daun pandan

Satukan bahan di atas dan masak hingga gula larut.  Tapis dan ketepikan.

150gm tepung beras
500ml air
1 sudu teh air kapur

Loyang 7 atau 8in di gris minyak dan alas dengan plastik tahan panas.
Daun pisang untuk menbungkus - layur atas api, sapu sedikit minyak

Satukan tepung beras, air dan air kapur, masukkan sirap gula merah dan kacau hingga rata. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap saja, whisk supaya tidak berketul. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit hingga masak.  Angkat dan sejukkan sebentar.

Sudukan 1 sudu besar ke atas daun pisang dan satu sudu besar sos santan.  Bungkus dan semat dengan lidi.

Jika tiada daun pisang, sendukkan ke dalam mangkuk dan tuang atasnya dengan sos santan.  Sedia di nikmati.  Apapun aroma daun pisang lebih sedap :D
Tepung Boko Beras Gula Merah

Selasa, 20 Oktober 2015

Kuih Baulu Gula Melaka


Kuih Baulu Gula Melaka
Olahan :  FB Lina Thomas
Sumber: Authentic Malay Cooking Book

Bahan-bahan:
6 biji telur A
200gm gula melaka atau gula merah (di haluskan)
1 sudu kecil vanilla extract, pilihan
200g tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam

Acuan Baulu - menghasilkan 48 keping

Penyediaan :
1.  Panaskan ketuhar kepada 400F / 200C (api atas bawah)
2.  Ayak tepung, serbuk penaik dan garam dan ketepikan.
3.  Dalam mixer, putar telur dan gula sehingga kembang dan pucat sehingga bertukar warna putih, putar kira-kira 8 minit. Kemudian masukkan ekstrak vanila (jika guna) dan terus putar untuk beberapa minit.
4.  Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balikkan dengan spatula perlahan-lahan sehingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam jug kecil.
5.  Sapu acuan dengan minyak (supaya bahulu tidak melekat) dan kemudian panaskan acuan di dalam ketuhar kira-kira 3 hingga 4 minit. Keluarkan acuan dari ketuhar. Tuang atau sudukan adunan ke dalam acuan hingga penuh dan bakar selama kira-kira 10 hingga 12 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
5.  Angkat kuih bahulu keluar dengan lidi dan biarkan ia sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kuih Baulu Gula Melaka

Ahad, 18 Oktober 2015

Spaghetti Meatballs Nest Muffin


Spaghetti Meatballs Nest Muffin
Olahan dari :  Allrecipes.com

Sos Italian Meatballs
150gm meatballs siap guna - rebus dahulu, toskan
1 biji bawang besar - dadu
2 biji tomato - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos tomato Preggo atau jenama lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Penyediaan :
1.  Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau.  Masukkan tomato dan bay leaf.  Biarkan sehingga tomato hancur.
2.  Masukkan sos tomato Preggo dan sedikit air, kacau dan biarkan seketika.
3.  Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata.  Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
4.  Angkat dan ketepikan.  Sementara itu sediakan spagetthi nest.

Spaghetti Nest

Bahan-bahan
200gm spagetthi
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan parutan keju Parmesan
1/2 cawan parutan keju Parmesan untuk taburan

Cara-cara :
1. Rebus spagetthi hingga lembut.  Angkat dan toskan.  Gaul dengan minyak zaitun hingga rata.  Biarkan sejuk selama 15 minit.  Masukkan parutan keju parmesan dan gaul rata.
2.  Spray/griss acuan muffin dengan minyak.  Masukkan spagetthi hingga penuh.  Letak atasnya sebiji meatball dan sosnya, tabur dengan parutan keju parmesan.
3.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.  Hidang bersama sos meatballs.

Note :  Sos Italian Meatball boleh di hidang bersama spagetthi


Spaghetti Meatballs Nest Muffin

Rabu, 14 Oktober 2015

Sup Kambing Berempah Mamak Penang


Sup Kambing Berempah Mamak Penang
Sumber :  Balanbiar Wordpress.com

Penyediaan Broth - Air Rebusan Sup
1kg tulang kambing
3 liter air
1 batang carrot - potong kasar
1 batang celeri - potong kasar

Cara Penyediaan :
Cuci tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang bersama hirisan carrot dan celeri. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan  api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini terlebih dahulu.

Bahan Sup
500gm Daging kambing - di potong
4 biji bawang labu sederhana besar. kisar halus.
2 sudu besar pes halia dan bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
2 keping kulit kayu manis (2″).
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawang
1/2 sudu kecil garam masala - optional, kalau tiada tak apa).*
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah.*
1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
3 pokok daun ketumbar atau daun sup.
2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa.

Boleh tambah jika suka
4 biji ubi kentang - potong 4
1 batang carrot - potong baji

Cara Penyediaan :
1.  Sangai bahan-bahan bertanda*  tanpa minyak serbuk jintan putih, ketumbar, garam masala dan serbuk lada sulah atau boleh juga menggunakan 150gm rempah kurma atau rempah sup Adabi.
2. Sediakan periuk, masukkan air rebusan tulang tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Masukan pes halia bawang putih.  Masukkan rempah serbuk yang disangai.
3. Masukkan bawang yang telah kisar dan daging kambing yang telah bersihkan.
4. Biarkan sup mendidih, Masukkan ubi kentang dan carrot, perlahankan api dapur dan reneh sehingga daging kambing masak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5.  Masukkan sup ke dalam mangkuk, tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.  Hidang ketika masih panas bersama nasi atau roti bangali.
Sup Kambing Berempah Mamak Penang

Sabtu, 10 Oktober 2015

Kek Lapis Rainbow


Kek Lapis Rainbow

Bahan A
450gm mentega
180gm gula kaster
21 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
160gm gula kaster
10 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim of tartar

Bahan C
320gm tepung Hong Kong
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Untuk sapuan :  3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis
Loyang  8x8x3 Gris dan alas dasar loyang.

Cara-cara :
1.  Bahan A, pukul mentega, gula, susu pekat manis hingga kembang dan berkrim.  Tambah esen vanila dan masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan.
2.  Bahan B, pukul dengan kelajuan tinggi (high speed) hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
3.  Masukkan bahan C ke dalam bahan A, gaul rata.  kemudian kaup balikkan dengan B sedikit demi sedikit hingga adunan bergaul rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 13 bahagian, 7 bahagian warna asal dan 6 bahagian untuk di campur bersama pewarna.

  Adunan Asal - 1,120gm - 7 lapisan (160gm setiap lapisan)
  Adunan Berwarna - 960gm - 6 lapisan (160gm setiap satu pewarna)

5.  Ratakan l lapisan (160gm) adunan asal, bakar api atas dan bawah selama 8-10 minit.
6.  Apabila masak, cucuk dengan garpu dan tekan dengan penekan supaya rata.  Permukaan lapisan jangan terlalu perang supaya warna lapisan lebih jelas.  Sapu dengan bahan sapuan.  Kemudian lapiskan dengan adunan berwarna mengikut turutan menggunakan api atas saja sehingga habis.

Ulangi setiap Lapisan seperti berikut :
Adunan asal, Ungu
Adunan asal, Biru
Adunan asal, Hijau
Adunan asal, Kuning
Adunan asal, Oren
Adunan asal, Merah
Lapisan Akhir - Adunan asal

7.  Untuk lapisan terakhir, bakar hingga masak, keluarkan dari ketuhar dan tutup loyang adunan dengan aluminium foil kemudian bakar lagi dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Rainbow

Ahad, 4 Oktober 2015

Talam Ubi Sago Gula Merah


Talam Ubi Sago Gula Merah
Recipe by K1@Citarasawan

Bahan Lapisan Bawah
500gm parutan ubikayu
120gm gula pasir
200ml santan kotak
100gm kelapa parut putih
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Loyang 8 x 8in - sapu minyak dan alas dasarnya dengan plastik

Panaskan pengukus.  Satukan semua bahan dalam sebuah bekas, gaul rata.  Masukkan kedalam loyang.  Ratakan dan kukus selama 25minit.

Bahan Lapisan Atas
200gm sago putih - rendam 15minit, Toskan
100gm gula merah
1 sudu besar gula pasir
50ml air
150ml santan kotak
100gm kelapa parut putih
1/8 sudu teh garam halus

Masak gula merah, gula pasir dan air hingga gula larut.   Tapis kemudian satukan dengan bahan- bahan lapisan atas yang lain.  Gaul hingga rata.  Masukkan ke dalam loyang dan ratakan di atas lapisan bawah yang telah di kukus tadi.  Kukus selama 25-30 minit hingga masak.

Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Talam Ubi Sago Gula Merah

Nasi Mandy Daging


Nasi Mandy Daging
Sumber :  Kak Aini FB

Bahan-Bahan:

PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
Bahan-bahan
1 ½ kg tulang lembu/kambing yang ada daging
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga cengkih
15 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pala (diketuk)
3 helai bay leaves atau daun salam
1 inci halia (diketuk)

PENYEDIAAN NASI
3 cawan beras basmathi
3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
garam secubit

PENYEDIAAN SALATAH
2 biji tomato
2 cili merah
½ biji bawang besar
sedikit daun ketumbar
lemon
garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara :
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa, biar sehingga nasi masak. Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning dan kaup balikkan menggunakan garpu supaya nasi tidak patah.
3. Untuk salatah , kisar tanpa air kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon. Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
4. Hidang nasi bersama Salatah , telur masin, acar timun atau sebagainya.
Nasi Mandy Daging