Sabtu, 31 Januari 2015

Kuih Buah Labu


Kuih Buah Labu

Bahan-bahan
250gm isi labu yang telah direbus dan dilecek halus
200gm tepung beras pulut
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - potong 1 in untuk alas
Bunga Cengkih secukupnya untuk tangkai

Inti Kacang Hijau
150 kacang hijau tanpa kulit (rendam 1 jam)
100ml santan pekat KARA
50gm gula melaka
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam

Toskan kacang dan rebus dengan 1 cawan air dengan api kecil hingga masak.  Masukkan kacang ke dalam pengisar bersama santan, gula melaka, gula pasir dan garam.  Kisar hingga halus.  Masak di dalam kuali non-stick hingga kering dan tidak melekat di tepi kuali.  Sejukkan dahulu dan gentel bulat untuk di jadikan inti.

Cara-cara :
1.  Satukan isi labu, tepung beras pulut dan garam, uli hingga menjadi doh (air tidak perlu di masukkan kerana isi labu berair)
2.  Ambil doh seberat 20gm, leperkan dan masukkan inti kacang di tengahnya.  Tutup kembali dan ambil lidi kecil dan lakarkan seperti bentuk labu.  Cucuk di tengahnya dengan bunga cengkih sebagai tangkai.

3.  Sapu sedikit minyak pada labu yang telah siap dan alas dengan daun pandan.
4.  Kukus selama 5 - 8 minit hingga masak.
Kuih Buah Labu

Khamis, 29 Januari 2015

Ondeh-Ondeh Labu / Buah Melaka Labu


Ondeh-Ondeh Labu / Buah Melaka Labu

Bahan-bahan
1 cawan isi labu yang telah di rebus dan dilecek
1 1/2 cawan tepung pulut
1/4 sudu teh garam
1 keping gula melaka - potong kiub kecil
Kelapa parut muda - Kukus sebentar + garam

Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara :
1.  Gaulkan isi labu, tepung pulut dan garam.  Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.  (Tak perlu menambah air kerana isi labu sudah berair)
2.  Ambil doh sebesar ibujari, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, bulatkan.
3.  Masak air hingga mendidih, masukkan doh tadi dan tunggu hingga doh terapung di permukaan air.
4.  Toskan dengan penapis berlubang dan golekkan di atas parutan kelapa.
Ondeh-Ondeh Labu / Buah Melaka Labu

Ayam Masak Halia Ala Thai


Ayam Masak Halia Ala Thai

Bahan-bahan
200gm isi ayam - Hiris
1 in halia - hiris memanjang
2 ulas bawang putih - hiris memanjang
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 batang carrot - hiris memanjang
1/2 biji capsicum merah atau hijau - hiris memanjang
4 biji cendawan hitam - rendam dan hiris nipis
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus

Perasa
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu besar air (larutkan)

Cara-cara :
1.  Tumis bawang putih hingga perang, masukkan ayam dan masak hingga ayam berubah warna.  Masukkan halia, cendawan dan carrot.  Gaul rata.
2.   Masukkan bahan-bahan perasa dan sedikit air, masak sebentar 2-3minit.  Tuang bancuhan tepung jagung, kacau sebentar hingga kuah nampak pekat dan masukkan bawang dan capsicum.  Gaul rata.
3.  Angkat, tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan bersama nasi putih.
Ayam Masak Halia Ala Thai



Rabu, 28 Januari 2015

Apam Labu


Apam Labu
Sumber : UmmiZaihadi

Bahan A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat

Bahan C (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder

Kelapa parut - di kukus sebentar + sedikit garam

24 biji acuan kecil - gris dengan minyak

Cara Membuat :-
1.  Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.  Rehatkan adunan selama 5 - 10 minit.
2.  Satukan bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
3.  Masukkan bahan C ke dalam adunan B sedikit-demi sedikit dan whisk hingga rata.
4.  Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati.  Tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan rehatkan selama 1 jam.  Kaup balikkan adunan sebelum di tuang ke dalam acuan.
5.  Panaskan pengukus dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau tuang 3/4 penuh acuan-acuan kecil.  Kukus selama 15-18 minit hingga masak.  Tambahkan masa jika menggunakan loyang besar.
6.  Hidangkan bersama kelapa muda parut.

Nota:
Kalau nak apam yang merekah / mekar, gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan berlubang besi. Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan tidak mekar.
Apam Labu

Selasa, 27 Januari 2015

Pasembor Kokdiang


Pasembor Kokdiang
Sumber :  Dapur Tanpa Sempadan@CMG

Bahan Kuah
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek oren *(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah / gula melaka
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 biji ubi kentang, rebus, potong dan goreng hingga perang
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

Bahan Cucur Udang
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)


Cara-cara :
1.  Kuah :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
2.  Cucur Udang :- Bancuh semua bahan2, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
3.  Untuk Menghidang :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya.

Pasembor Kokdiang

Rojak Mee Kuah Pasembor

Ahad, 25 Januari 2015

Tofu Kukus


Tofu Kukus

Bahan-bahan
1 blok tofu lembut
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 hilis halia - hiris halus
2 sudu besar isi udang cincang
Serbuk lada sulah
1 tangkai cili merah - buang biji, cincang kasar
1 tangkai daun bawang dan daun sup - hiris kecil
1 sudu besar minyak untuk menumis

Perasa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair - masin
1 sudu  besar kicap pekat
sedikit air

Cara-cara :
1.  Masukkan tofu ke dalam pinggan, kukus selama 5 minit.  Keringkan air tofu di dalam pinggan dengan tissue dapur.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak, goreng bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna.  Masukkan hirisan cili, daun bawang dan serbuk lada sulah.  Gaul sebentar saja.  Angkat dan toskan tumisan udang tadi.  Air tumisan biarkan di dalam kuali.
3.  Panaskan kuali, campurkan semua bahan perasa bersama air tumisan tadi.  Biarkan mendidih.  Tutup api.
4.  Untuk menghidang,  Tuang sos kemudian tabur tumisan udang di atasnya.
Tofu Kukus

Sabtu, 24 Januari 2015

Apam Berkuah Trengganu


Apam Berkuah Trengganu
Sumber :  FB Puan Tahrunisah Jali

Bahan A
1/2 cawan gula melaka / gula merah
1/2 cawan air
1/4 sudu teh garam

- Masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan dahulu.

Bahan B
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir
1 1/2 sudu kecil yis

- Satukan bahan dan rehatkan selama 5 minit hingga yis berbuih.

Bahan C
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir

Loyang atau acuan kecil - gris dengan minyak masak

Cara-cara :
1.  Dalam bekas yang besar, satukan bahan A, B dan C.  Aduk rata, adunan tidak pekat dan tidak cair  (seperti adunan cucur pisang), jika terlalu pekat tambahkan sedikit saja air.
2.  Tutup bekas dan rehatkan adunan selama 1/2 jam.  Kaup balikkan adunan, kemudian tutup semula.  Lakukan kaup balik adunan sebanyak 3 kali setiap 1/2 jam.
3.  Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil, biarkan adunan mengembang dahulu dan kukus selama 30-40 minit bergantung pada saiz acuan.  Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.

Note :  Jika menggunakan acuan kecil, masukkan 1/2 adunan saja kerana adunan akan mengembang.

Kuah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1cm kunyit
1 ekor ikan kembung sederhana besar (rebus dan ambil isi)
2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar kerisik
1 keping gula melaka
1 sudu kecil ketumbar disangai
1 sudu kecil jintan manis disangai
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar kelapa parut
sedikit garam

Cara-cara :
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit sampai lumat.
2. Kemudian tumbuk lada hitam, kelapa parut sampai lumat.
3. Tumbuk ketumbar dan jintan manis sehingga halus serta masukkan isi ikan tadi, tumbuk lagi hingga halus dan bergaul rata.
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yang telah ditumbuk / di kisar tadi. masukkan kerisik, gula melaka dan garam,  kuah biar sedikit manis.
5. Masak kuah hingga kuah naik minyak. kepekatan kuah tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkeladak.
6.  Hidang bersama apam.
Apam Berkuah Trengganu

Jumaat, 23 Januari 2015

10 Sniper Terkenal Sepanjang Sejarah

sniper-shutterstock

Sniper, atau penembak runduk, adalah satuan prajurit yang identik dengan kemampuan menembak menggunakan senapan untuk membunuh sasaran dari jarak jauh. Seorang penembak runduk biasa melakukan pekerjaannya secara sembunyi agar tidak diketahui oleh musuh.

Berikut 10 penembak runduk paling terkenal sepanjang sejarah.

10. Thomas Plunkett

Thomas Plunkett adalah purnawirawan tentara Irlandia pada abad 19. Teknik menembak yang ia miliki sangat ditakuti karena berhasil melumpuhkan Jenderal Prancis, Auguste-Marie-Francois Colbert.

Selama pertempuran di Cacabelos pada tahun 1809, Plunkett, yang saat itu menggunakan Baker Rifle,menembak Jenderal Prancis tersebut dari jarak 600 meter. Akurasi tembakannya hampir mustahil dilakukan karena pada abad 19 teknologi senjata masih belum begitu berkembang.

9. Sgt Grace

9 Mei 1864 menjadi tanggal bersejarah bagi dunia tentara Amerika Serikat, pasalnya Sgt Grace, seorang sniper konfederasi, berhasil melaksanakan misinya. Momen tersebut terjadi ketika perang Spotsylvania berkecamuk saat Grace menggunakan senapan British Whitworth. Targetnya adalah Jenderal Jon Sedgwick dan dan jaraknya sejauh 1.000 yard.

8. Charles ‘Chuck’ Mawhinney

Charles Mawhinney mulai bergabung dengan marinir pada tahun 1967. Dia bertugas di Korps Marinir AS selama perang Vietnam dan berhasil melampaui rekor membunuh penembak runduk legendaris Carlos Hathcock. Hanya dalam waktu 16 bulan ia telah membunuh 103 musuh dan maish ada kemungkinan 216 korban lainnya yang tidak terdaftar.

Usai pensiun dari militer, Mawhinney keluar dari anonimitas karena sekarang menjadi dosen di sekolah sniper.

7. Rob Furlong

Seorang mantan kopral Angkatan Militer Kanada, ia memegang rekor tembakan jarak jauh terpanjang sepanjang sejarah dengan jarak 1,51 mil atau 2.430 meter, atau setara 26 lapangan sepak bola.

Prestasi menakjubkan ini terjadi pada tahun 2002, ketika ia terlibat dalam Operasi Anaconda. Tim Sniper-nya terdiri dari 2 Kopral dan 3 Guru Kopral. Ketika tim senjata Al-Qaeda tiga pria pindah ke posisi gunung ia membidik. Furlong dipersenjatai dengan kaliber .50 McMillan Brother Tac-50 Rifle dan sarat dengan A-MAX peluru tarik yang sangat rendah. Dia dipecat dan tidak terjawab. Tembakan kedua memukul musuh ransel di punggungnya. Dia sudah melepaskan tembakan ketiga pada saat memukul kedua, tapi sekarang musuh tahu dia diserang. The airtime untuk setiap peluru sekitar 3 detik karena jarak yang sangat besar, cukup waktu bagi musuh untuk berlindung. Namun militan tercengang menyadari apa yang terjadi tepat pada waktunya untuk mengambil tembakan ketiga di dada.

6. Vasily Zaytsev

Zaytsev lebih dikenal berkat film "Enemy At The Gates". Namun kebenaran hanya pergi sejauh pertempuran Stalingrad. Tidak ada Spesialis Nazi Counter-Sniper dalam kehidupan nyata. Yah tidak sampai sebatas film. Ini kebenarannya. Zaytsev lahir di Yeleninskoye dan dibesarkan di Pegunungan Ural. Nama keluarga berarti 'kelinci'. Sebelum Stalingrad, ia menjabat sebagai seorang pegawai di Angkatan Laut Soviet Tapi setelah membaca tentang konflik di kota ia menjadi relawan untuk garis depan. ia bertugas di Resimen Senapan 1047. Zaytsev berlari sekolah penembak jitu di pabrik Metiz. Para kadet ia melatih disebut zaichata, yang berarti 'leverets' (Baby Hares). Ini adalah awal dari gerakan penembak jitu di tentara ke-62. Diperkirakan bahwa penembak jitu ia melatih menewaskan lebih dari 3.000 tentara musuh.

Zaytsev sendiri telah membunuh 242 nyawa yang dikonfirmasi antara Oktober 1942 dan Januari 1943, namun jumlah sebenarnya mungkin mendekati 500. Aku tahu aku mengatakan tidak ada kontra-sniper, tapi ada Erwin König. Diduga menjadi penembak jitu Wehrmacht terampil. Zaytsev menyatakan dalam memoarnya bahwa duel berlangsung selama tiga hari di reruntuhan Stalingrad. Rincian apa yang sebenarnya terjadi yang samar, tetapi pada akhir periode tiga hari Zaytsev telah membunuh penembak jitu dan mengklaim ruang lingkup untuk menjadi trofi yang paling berharga. Baginya untuk membuat piala yang paling berharga berarti bahwa orang ini ia membunuh pasti hampir sama baiknya dengan Zaytsev sendiri.

Chocolate Lava Cake


Chocolate Lava Cake
Sumber :  FB Group Resipi Ringkas

Bahan-bahan
200g coklat masakan
100g mentega tawar
4 biji telur Grd A
6 sudu besar gula kaster
6 sudu besar tepung gandum (ayak)
4 sudu besar serbuk koko

8 biji remekin - gris dengan mentega

Cara-cara :
1.  Cairkan butter dan coklat masakan menguunakan kaedah double-boiled sehingga cair.  Masukkan serbuk koko, kacau sampai larut.
2.  Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sampai gebu dan warna kuning pucat.
3.  Masukkan adunan coklat dan  tepung. Kacau sampai sebati hingga adunan menjadi likat.
4.  Sudukan dalam acuan cupcake atau cawan ramekin.  Sejukkan dalam 30 minit.
5.  Panaskan oven 180 darjah selama 10 minit api atas bawah dan bakar selama 10-15 minit.  Jangan terlebih bakar kerana kek akan masak sepenuhnya.  Pastikan permukaan atas kek masak, bila ditekan bahagian tengah, kek lembut seperti kurang masak.
6.  Keluarkan dari remekin, tabur gula icing sebagai hiasan.
Chocolate Lava Cake

Rabu, 21 Januari 2015

Puding Tofu Gula Melaka


Puding Tofu Gula Melaka

Bahan-bahan
150gm tofu lembut (Soft Tofu)
600ml air
2 sudu kecil serbuk agar-agar
80gm gula pasir

Sirap Gula Melaka
100gm gula melaka
1/2 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masak hingga mendidih, tapis dan simpan semalam supaya pekat.

Cara-cara :
1.  Kisar tofu bersama air, tapis ke dalam periuk.
2.  Masukkan gula dan serbuk agar-agar.  Masak hingga mendidih.
3.  Tuang ke dalam acuan yang di basahkan terlebih dahulu.  Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
4.  Hidang bersama sirap gula melaka.
 Puding Tofu Gula Melaka

Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu


Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu

Bahan-bahan
1 kg ubi kayu
1 1/2 cawan air + 6 helai daun pandan (kisar, ambil jusnya)
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau - jika suka

Kelapa parut + sedikit garam (kukus sebentar)

Loyang 10 x 10 (Alas plastik tahan panas)

Sirap Gula Melaka
100 gram gula melaka / gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Masak sirap hingga mendidih.  Tapis dan simpan semalaman untuk mendapat sirap yang pekat.

Cara-cara :
1.  Parut ubikayu, toskan dengan penapis dalam sebuah bekas.
2.  Biarkan selama 20 minit.  Buang air jernih di permukaan bekas dan ambil mendapan pati ubi.
3.  Gaul pati ubi bersama parutan ubikayu, jus pandan dan garam.  Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang.
4.  Kukus selama 30 minit hingga masak.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di potong kiub dengan pemotong plastik.
6.  Gulingkan potongan ubi ke dalam kelapa parut.
7.  Makan bersama dengan sirap gula melaka.
Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu

Selasa, 20 Januari 2015

Popia Goreng


Popia Goreng

Bahan
Kulit Popia siap pakai - boleh di beli di pasaraya

Bahan Inti
100gm isi udang kecil - cincang halus
200gm sengkuang, dihiris halus
200gm lobak merah, dihiris halus
100gm taugeh, dibuang ekor
100gm kacang panjang, dicincang
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 ulas bawang merah - hiris halus
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam dan serbuk lada sulah

Pelekat
3 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar air
atau putih telur 

Bahan Sos
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 - 2 sudu besar jus limau/lemon
garam secukupnya
1 - 2 sudu besar bijan sangai

Gaulkan semua bahan sos dan tabur dengan bijan.

Cara-cara :
Untuk inti. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan udang, biarkan sebentar kemudian masukkan sengkuang dan lobak merah. Masukkan kacang panjang dan akhir sekali taugeh dan sos tiram.  Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.   Masak sebentar saja.  Angkat dan masukkan ke dalam penapis dan toskan airnya.  Ketepikan.

Sudukan inti ke atas kulit popia, gulung dan sapu campuran tepung pada hujungnya sebagai pelekat. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Angkat dan sajikan dengan cili sos.
Popia Goreng

Isnin, 19 Januari 2015

Ayam Goreng Lengkuas


Ayam Goreng Lengkuas

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 8 atau 12
2 sudu kecil air asam jawa
minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan Kisar / Tumbuk (Bumbu)
100 gm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai - ambil bahagian putihnya
2 sudu teh garam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit
1 sudu besar ketumbar

Hiasan :  Tomato, Timun dan Daun Salad

Cara-cara :
1.  Potong lengkuas kecil-kecil, kemudian tumbuk hingga halus.  Guna sarung tangan plastik dan peras airnya.  (untuk menghindar tangan terasa panas).  Masukkan lengkuas ke dalam bekas besar.
2.  Kemudian tumbuk bahan-bahan lain hingga halus dan gaul kan bersama lengkuas tadi.
3.  Lumurkan pada ayam bersama sedikit garam dan air asam jawa.  Perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.
4.  Keluarkan dari peti sejuk dan asingkan ayam dengan bumbunya untuk di goreng berasingan.
5.  Panaskan minyak dan goreng ayam hingga perang.  Angkat, toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
6.  Kemudian goreng bumbunya hingga keperangan.  Angkat dan toskan.
7.  Tabur bumbu di atas ayam.  Hias dengan salad, timun dan tomato.
 Ayam Goreng Lengkuas

Aiscream Pasu


Aiscream Pasu

Bahan-bahan
1 kotak kecil aiscream vanilla
6 keping biskut oreo
4 keping biskut oreo - hancurkan menjadi serbuk
1 tangkai daun pudina
Mug bentuk Pasu

100ml UHT whipping cream - putar hingga kental - jika suka

Cara :  Masukkan sekeping biskut oreo di dasar mug.  Scoop aiscream ke dalamnya, tekan padat.  Kemudian tabur dengan serbuk oreo.  Paip cream putar di atasnya dan hias dengan daun pudina di dalam pasu aiscream.  Anak-anak pasti enjoy !
Aiscream Pasu



Fruity Tutty Cheesecake


Fruity Tutty Cheesecake
Recipes by Chef Amy Heng

Adunan Kek
Bahan A
5 biji kuning telur
1 sudu kecil essen vanilla
125gm gula caster
125ml air
125ml minyak jagung
175gm tepung kek (superfine)
2 sudu kecil baking powder

Bahan B
5 biji putih telur
1/2 sudu kecil cream of tartar
125gm gula caster

Filling
1 tin mixed fruit cocktail - Toskan buah dan sirapnya
60ml sirap fruit cocktail
250gm cream cheese - lembutkan pada suhu bilik
150ml UHT whipping cream - putar hingga kental
70gm gula caster
1 1/2 sudu besar gelatin

Hiasan
300ml fresh cream (non diary)
Hirisan buah-buahan segar, strawberry, berry, kiwi, peach

Loyang 9in
Loyang 9in (Loose base tin)

Cara-cara :
1.  Adunan Kek :  Alas dasar loyang 9in dan kelilingnya dengan kertas minyak.  Panaskan oven pada suhu 170C.
2.  Pukul bahan A dengan hand whisk hingga sebati.  Ketepikan.
3.  Pukul bahan B hingga kembang dan kental.
4.  Kaup balikkan bahan B ke dalam bahan A hingga bergaul rata.  Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45min di rak tengah hingga masak.
5.  Angkat dan telengkupkan di atas redai.
6.  Bila kek telah sejuk, potong  kepada 3 lapisan.

Filling
1.  Tabur gelatin ke dalam mangkuk berisi sirap cocktail.  Panaskan secara double boiler hingga gelatin larut.  atau boleh cairkan beberapa saat di dalam microwave oven.
2.  Putar cream cheese dan gula hingga licin, masukkan UHT whipping cream dan buah cocktail, gaul rata.  Bahagikan kepada 2 bahagian.
3.  Ambil sekeping kek, masukkan kedalam loyang 9in loose base, siram dengan sedikit sirap cocktail di atas kek.
4.  Ratakan 1 bahagian filling ke atas kek, ulangi dengan lapisan yang kedua.  Akhir sekali letakkan lapisan yang ketiga di atas filling dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
6.  Keluarkan dari loyang, untuk menghias, putar fresh cream hingga kental, ratakan ke seluruh kek dan hias dengan hirisan buah-buahan segar.

Note :  Untuk Fruity Tutty Cheesecake seperti gambar, K1 menggunakan 2 lapisan kek dan satu lapisan filling.  Atur hirisan buah-buah di atas lapisan pertama kek dan ratakan filing di atasnya.  Lapisan kedua di sapu fresh cream di atas permukaan kek saja dan di hias dengan hirisan buah-buahan.
Fruity Tutty Cheesecake

Ahad, 18 Januari 2015

Terung Sambal Udang Kering


Terung Sambal Udang Kering
Resipi :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
2 biji terung ungu saiz sederhana
Sedikit garam
1 camca besar minyak zaitun
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan Sambal Udang Kering
1/2 cawan udang lering, cuci dan rendam 10 minit
1/4 cawan cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
20 biji cili padi
3 biji buah keras, dihiris
2 biji tomato yang masak ranum, dicincang
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.  Sambal : Toskan udang kering, perah sedikit kemudian tumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Ketepikan.
2.  Sementara itu dalam alat pengisar (blender), kisar buah keras dan bawang putih hingga halus, Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi. Kisar hingga hancur tak perlu sampai halus (guna butang 'pulse' pada alat pengisar anda semasa mengisar). Ketepikan.
3.  Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 1 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum, masukkan cili kisar dan masa hingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Tambah udang kering tumbuk dan tomato cincang. Kacau dan terus memasak hingga tomato hancur.
4.  Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau dan terus memasak hingga sambal pekat dan naik minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.

Untuk Terung Salai
Terung di kerat 3 (ikut saiz terung yang anda guna). Kemudian belah 2 setiap keratan. Gaul dengan sedikit garam dan minyak zaitun (kalau takde, guna saja minyak masak). Panaskan non-stick pan, kemudian salai terung tadi hingga lembut dan perang pada kedua2 bahagian. Angkat dan ketepikan

Untuk menghidang,  Susun terung salai dalam pinggan sesuai. Kemudian sudukan sambal udang kering tadi secukupnya atas terung salai dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan lauk2 kegemaran anda....Selamat mencuba!!.
Terung Sambal Udang Kering

Sabtu, 17 Januari 2015

Sticky Caramel Chicken Wings


Sticky Caramel Chicken Wings
Sumber :  FB Group Resipi Ringkas @ Makterms

Bahan A
12 ketul kepak ayam dikerat 2 basuh bersih dan tos
4 ulas bawang putih di tumbuk
2 inci halia di tumbuk
2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 sudu kecil serbuk cili kering
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar minyak masak

Bahan B
4 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis / pekat
1 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos ikan
2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Cara-cara : 
1.  Gaulkan semua bahan A kecuali minyak masak dan perap selama 1 jam.  Kemudian panaskan kuali,  masukkan minyak masak dan ayam yang di perap tadi.  Masak hingga air ayam tersejat,  tutup sekejap dengan tudung periuk lebih kurang 5 minit supaya ayam stim dan masak.
2. Kecilkan api,  masukkan semua bahan B, gaul rata bersama ayam.  Reneh dengan api perlahan dan setiasa di kacau supaya tidak hangus sehingga pekat dan bersalut rata dengan ayam.
3.  Masukkan ke dalam pinggan dan tabur sedikit bijan yang di sangai.
Sticky Caramel Chicken Wings

Jumaat, 16 Januari 2015

Popia Basah


Popia Basah
Olahan dari FB Group Resipi Ringkas

Bahan Kulit Popia  : (12 kpg)
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti
1 cawan sengkuang parut
1 cawan lobak merah parut
1 cawan taugeh
1 cawan zuchini atau timun
3 ulas bawang putih - cincang halus
garam dan serbuk lada sulah
1 cawan kacang tanah goreng - tumbuk kasar
1/2 cawan bawang goreng

Cadangan lain :  Tauhu goreng hiris halus dan telur dadar - jika suka
Daun Salad


Cara-cara :
1.  Inti :  Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih hingga keperangan.  Masukkan lobak merah dahulu, di ikuti sengkuang, taugeh dan timun.  Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
2.  Kacau sebentar hingga rata, kemudian angkat.

Cara-cara :  Kulit Popia
1.  Campurkan kesemua bahan kulit ke dalam mangkok adunan, gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
2.  Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali non stick leper.
3.  Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
4.  Ratakan membulat di dalam kuali non stick,  biarkan seketika hingga masak.
5.  Angkat kulit popia dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2,  (tak lekat).
6.  Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sos, tabur dengan kacang tanah.  Letak 2 keping salad serta inti dan dan taburan bawang goreng

7.  Lipat dan gulung dan sedia untuk dimakan

Bahan Sos :
3 sudu besar cili kisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering - rendam dan tos
1 biji ubi kentang (kecil) - rebus
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar gula pasir (sos perlu manis)
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa

Cara-cara :
1.  Masukkan kesemua bahan sos ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2.  Masukkan ke dalam periuk bersama 1 cawan air dan biarkan mereneh dengan api perlahan sehingga pekat.
3.  Masukkan air asam jawa, kicap, gula, gula melaka dan garam secukupnya.  Reneh sehingga kuah hampir pekat.
 Popia Basah

Khamis, 15 Januari 2015

Kerabu Jantung Pisang Kelantan


Kerabu Jantung Pisang Kelantan

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
1 biji bawang besar - mayang halus
1 tangkai bunga kantan - mayang halus
6 tangkai cili padi - potong kecil
3 biji limau nipis - ambil jusnya
2 sudu besar budu
1/2 cawan santan pekat - panaskan dahulu, jika suka

Bahan Tumbuk
1 cawan kelapa parut - sangai hingga perang
3 ekor ikan sardin / 1 ekor ikan kembong - di bakar, ambil isi
1 sudu besar lada hitam
4 ulas bawang merah
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1.  Jantung pisang di belah 4, kemudian rebus dengan sedikit garam hingga lembut.  Toskan airnya.
2.  Hiris jantung pisang dan campurkan dengan hirisan bawang, bunga kantan dan cili padi dalam sebuah bekas.
3.  Tumbuk bawang dan lada hitam hingga lumat, kemudian masukkan isi ikan dan kelapa parut.  Tumbuk hingga bergaul rata bersama garam dan gula secukupnya.
4.  Gaulkan bersama jantung pisang, masukkan santan dan perasakan dengan jus limau nipis, dan budu.
Kerabu Jantung Pisang Kelantan

Rabu, 14 Januari 2015

Kari Kambing Bawang Goreng


Kari Kambing Bawang Goreng
Sumber :  Linapg.blogspot.com

Bahan-bahan
1kg daging kambing
1 paket rempah kari daging
1 paket rempah kurma
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula merah
1 cawan bawang goreng - ramas halus
1-2 sudu besar susu pekat manis - K1 tk letak
1 tin kecil tomato puri / sos tomato
1 paket kerisik
3 biji ubi kentang - belah 4
2 sudu besar kicap manis - jika suka
2 sudu besar sos tiram - jika suka
air secukupnya

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 in halia
1/2 in lengkuas

Bahan Tumis
2in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan - simpul
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi.
2.  Masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau dan garing.  Masukkan cili kisar, tumis lagi.
3.  Masukkan gula merah, pes rempah, tumis hingga pecah minyak.  Masukkan tomato puri, kacau sekejap.
4.  Masukkan daging, gaul sebati, renehkan sebentar hingga daging kecut dan mesra dengan rempah.
5.  Tambah air hingga paras daging (kuah jangan terlalu pekat), masukkan bawang goreng yang di ramas, kerisik dan susu pekat manis.
6.  Masak hingga daging hampir empuk, masukkan ubi kentang dan biarkan mereneh hingga kentang empuk.  Perasakan dengan garam secukupnya.
7.  Akhir sekali masukkan kicap dan sos tiram jika suka untuk memberi rasa dan warna.  Reneh hingga kuah agak pekat.
 Kari Kambing Bawang Goreng

Sabtu, 10 Januari 2015

Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam


Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam

Doh Kulit 
1/2 cawan pulut hitam
1/2 cawan pulut putih
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan santan

Inti Kastard
1 biji telur A
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 cawan santan sederhana pekat
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Acuan lompang 13 biji - gris dengan minyak masak

Cara-cara :
1.  Satukan bahan kulit, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh seperti doh buah melaka. 
2.  Ambil doh dan tekan ke dalam acuan lompang, buat seperti membuat kulit tart.  Trim bahagian atasnya.  Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis supaya tidak keras.

3.  Satukan semua bahan kastard, whisk hingga rata dan tapis ke dalam periuk.  Masak hingga naik wap sahaja.  Bila berketul di dasar periuk, tutup api kacau hingga licin.  Masukkan ke dalam jug kecil dan tuang ke dalam doh kulit tadi.

4.  Panaskan pengukus dan kukus selama 20-25 minit dengan api sederhana.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam