Ahad, 27 September 2015

Rusuk Kambing Bonesteak Hitam Manis


Rusuk Kambing Bonesteak Hitam Manis
Resipi :  Chef Joha

Bahan-bahan
1kg rusuk kambing atau tulang kambing, di potong panjang ikut tulang nya
2 lobak merah dipotong serong kasar2
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang merah goreng, tomato cherry - bagai khiasan

Rempah Kasar
1 in kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 bunga lawang

Rempah Halus - di sangai tanpa minyak dan kisar halus
1 sudu teh biji jintan halus
1 sudu teh biji jintan manis
2 sudu teh biji lada hitam
1 sudu teh biji ketumbar

Bahan Kisar / Hiris
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inch halia
3 sudu besar cili kisar tanpa cuka

Penyediaannya
Panaskan minyak di kuali, masukan bahan kisar / hiris, rempah kasar dan halus.  Biarkan sebentar hingga naik baunya. Masukan Rusuk dan gaulkan dengan rempahnya. Tuangkan air secukupnya, 1/2 cawan kicap manis. Letakan lobak merah dan gaulkan, Perasakan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan masak. Sajikan dengan taburkan bawang merah goreng dan buah tomato cherry.

Nota :  Jika menggunakan tulang kambing, rebus dahulu sehingga daging lembut.

Rusuk Kambing Bonesteak Hitam Manis

Sabtu, 26 September 2015

Tepung Pelita Moden


Tepung Pelita Moden
Sumber : Yani@myresipi.com

Bahan Lapisan Bawah - Hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air
1 cawan jus pandan (10 helai daun pandan + 1 cawan air), kisar dan tapis
1 sudu teh air kapur
1/4 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh pewarna hijau

Bahan Lapisan Atas - Putih
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 kotak kecil santan (250ml)
2 cawan air
1 sudu teh garam halus

Cara-cara :
1.  Satukan bahan lapisan bawah dan bancuh hingga sebati.  Tapis ke dalam periuk dan masak hingga pekat, licin dan berkilat.
2.  Angkat dan masukkan ke dalam acuan kecil.  Ketepikan.
3.  Satukan bahan lapisan atas dan bancuh hingga sebati.  Tapis ke dalam periuk dan masak hingga adunan pekat.
4.  Angkat dan tuang ke atas lapisan hijau.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di hidang.

Nota :   Tepung Pelita Moden di masak terus dan tidak di kukus seperti tepung pelita tradisi yang di isi di dalam bekas daun pisang dan di kukus.  Gula pula di adun bersama bancuhan.
Tepung Pelita Moden

Jumaat, 25 September 2015

Ketam Masak Merah


Ketam Masak Merah
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan 
6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Bahan-bahan kisar 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.
Ketam Masak Merah

Isnin, 14 September 2015

Daging Palembang


Daging Palembang
Resipi :  Puan Maria Hakem
Sumber :  Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan
700 gm daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai dititik
500 ml santan pekat @ gantikan kerisik jika suka
1 cawan kicap pekat manis
Minyak utk menumis

Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 tangkai cili kering (rebus dan toskan)

Penyediaan :
1.  Panaskn minyak, tumis bahan tumis sebentar. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
2.  Masukkan daging, gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana hingga keluar air daging, reneh seketika lagi.
3.  Masukkan kicap di ikuti dgn santan. Gaul dan masak hingga daging benar2 lembut, kacau sesekali.
4.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kuah agak pekat dan naik minyak.
Daging Palembang

Ahad, 13 September 2015

Pie Tee


Pie Tee

Bahan Kulit
50gm tepung gandum
50gm tepung beras cap Teratai
20gm tepung jagung
200ml air
1 biji telur grade A
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak

Minyak untuk mengoreng
Acuan Pie Tee

Cara :
1.  Satukan tepung, garam, telur dan air.  Whisk hingga rata.  Masukkan minyak dan kacau hingga rata.  Tapis ke dalam jug kecil atau gelas tinggi supaya senang mencelup acuan pie tee.
2.  Guna periuk atau kuali yang dalam dan kecil, masukkan minyak yang banyak hingga melebihi paras acuan.  Panaskan dengan api sederhana.  Rendam acuan pie tee ke dalam minyak panas selama 5 minit.  Angkat dan toskan dahulu minyak yang menitik di atas tissue dapur.

3.  Celup acuan ke dalam bancuhan 3/4 penuh, biarkan seketika hingga bunyi desir minyak berkurangan.  Angkat dan rendam 3/4 acuan ke dalam minyak, biar seketika baru di tenggelamkan acuan.  Biarkan kulit mengeras dan sedikit keperangan sebelum di keluarkan dari acuannya.  Jika melekat guna garpu atau chopstick untuk mengeluarkannya.
4.  Balik-balik kulit, bila sedikit keperangan angkat dan toskan.  Simpan di dalam bekas kedap udara.

Note :  Sentiasa kacau bancuhan setiap kali mencelup supaya bancuhan tidak mendap.

Bahan Inti
1 biji carrot - hiris halus memanjang
1/2 biji sengkuang - hiris halus memanjang
1 tangkai daun bawang - hiris
2 sudu besar udang kering - rendam
1/2 sudu teh serbuk ayam maggie
secubit garam
3 ulas bawang putih cincang halus
1 ulas bawang merah - hiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara :
Tumis bawang putih dan merah hingga layu.  Masukkan udang kering dan masak hingga garing.  Masukkan lobak merah dan sengkuang, masak hingga layu.  Jika inginkan sayuran yang ranggup, masak sebentar saja.  Perasakan dengan serbuk ayam dan secubit garam. Akhir sekali masukkan daun bawang.  Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam kulit pai tee.


Sos Chili
6 tangkai cili merah - buang biji potong kecil2
2 ulas bawang putih - cincang
2 hiris halia muda - cicang
2 biji limau nipis - ambil jusnya atau cuka
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam

Kisar cili, bawang dan halia dengan sedikit air hingga halus.  Masukkan ke dalam periuk bersama jus limau, gula pasir dan garam.  Reneh hingga kuah agak pekat.  Hidang bersama pie tee.
Pie Tee



Rabu, 9 September 2015

Puding Sedut



Puding Sedut
Sumber :  FB Resipi Ringkas

Bahan-bahan


Cara-cara 
  1. Satukan serbuk agar-agar, air, gula dan daun pandan.  Masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
  2. Masukkan susu cair dan creamer, kacau hingga mendidih.
  3. Tambahkan pewarna dan perisa yang di sukai.
  4. Untuk membuat puding berlapis, asingkan kepada 2-3 mangkuk dan masukkan pewarna dan perisa yang di sukai.  Biarkan agar-agar suam terlebih dahulu sebelum di lapis.  Jika beku, panaskan semula di dalam microwave atau panaskan di atas dapur.
  5. Untuk menikmatinya, kocok puding dan sedut dengan straw.

Puding Sedut

Ahad, 6 September 2015

Overnight Oats


Overnight Oats

1/3 cawan Oats
1/2 cawan susu segar
1/3 cawan plain yogurt
secubit garam

1/2 biji pisang atau buah-buahan lain seperti berries, strawberry, kiwi atau kekacang

Masukkan Oats, susu, yogurt dan garam ke dalam bekas, dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sehingga Oats menyerap. Sedia untuk sarapan pagi dengan taburan buahan atau yang ranggup seperti kekacang badam, walnut atau kismis.

Overnight Oats, sarapan pagi yang menyihatkan

Sabtu, 5 September 2015

Lasagna San Remo


Lasagna San Remo

Bahan-bahan
250gm San Remo Instant Lasagna

Sos Daging
2 sudu besar minyak masak / zaitun
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1 batang carrot, cincang
2 biji tomato, potong dadu
500gm daging cincang
1 tin kecil tomato puree
2 tin kecil sos tomato Prego
2 cawan air / air rebusan ayam
garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Taburan :  Keju Mozzarella secukupnya

Penyediaannya :
1.  Panaskan minyak, Masukkan bawang putih, bawang besar dan carrot, masak hingga layu.
2.  Masukkan daging cincang, masak hingga daging berubah warna.  Masukkan tomato cincang, sos tomato dan air, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
3.  Reneh selama 20 minit.  Angkat dan ketepikan.

Sos Keju
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu cair
100gm parutan keju Cheddar

Penyediaan :
1.  Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata.
2.  Masukkan susu cair dan kacau hingga agak pekat.  Perasakan dengan secubit garam dan serbuk lada sulah.
3.  Masukkan parutan keju Cheddar dan kacau hingga keju cair.

Cara-cara Penyediaan Lasagna
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.
2.  Leser sedikit mentega dalam bekas tahan panas.
3.  Lapis Lasagna dengan sos keju, lapisan kedua pula dengan sos daging ulangi langkah hingga 4 lapisan.  Lapisan atas, tabur dengan parutan keju Mozzarella.
4.  Bakar selama 25-30min bergantung pada saiz acuan sehingga masak.

Tips :  Pastikan kepingan lasagna di tutupi dengan sos daging hingga rata untuk melembutkan kepingan lasagna. atau mencelurkan kepingan lasagna terlebih dahulu di dalam air mendidih yang di letak sedikit minyak zaitun,  Toskan terlebih dahulu.
Lasagna San Remo