Selasa, 30 September 2014

Sate Ikan BBQ / Lockching


Sate Ikan BBQ / Lockching
Sumber :  Eila Noor @ FB Group Resipi Ringkas

Bahan-bahan
250gm isi ikan selayang segar / ikan kerisi
100gm tepung ubikayu
1/2 labu bawang besar - cincang
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat

BBQ sayuran, capsicum, zuchini dan bawang - optional

Cara-cara :
1.  Kisar atau blender isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

2.  Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama tepung ubikayu, garam, serbuk perasa dan soda bikarbonat.
3.  Gaul hingga sebati dan bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil, tekan sedikit supaya leper.

4.  Panaskan minyak dan goreng sebentar.
5.  Cucuk pada lidi dan bakar.
 Sos Merah
4 ulas bawang putih di kisar lumat
1 1/2 cawan air
1 sudu besar tepung ubikayu bancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
1 sudu makan garam
sedikit serbuk perasa
sedikit pewarna merah

Cara-cara :
1.  Tumis bawang putih dalam periuk (tanpa minyak)
2.  Masukkan air, gula, garam, serbuk perasa dan sedikit pewarna merah.
3.  Masukkan bancuhan tepung ubikayu dan masak hingga mendidih dan sos pekat dan berkilat.
4.  Tapis untuk mendapatkan sos yang licin.
Sate Ikan BBQ / Lockching

Isnin, 29 September 2014

Orange Souffles


Orange Souffles
Olahan dari :  Little Lemon souffles Martha Stewart.com

Bahan-bahan
6 biji buah oren - potong 1/3 bahagian atas

Bahan A
3 kuning telur
1/4 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan jus oren

Bahan B
3 putih telur
1/4 cawan gula pasir

Cara-cara :
1.  Potong 1/3 bahagian atas buah oren.  Korek keluar isi buah oren bahagian bawah dengan sudu dan jadikannya sebagai cawan/souffles oren.  Potong sedikit bahagian bawah kulit oren supaya kedudukannya sekata.  Susun cawan oren tadi di atas tray muffin.  Ketepikankan bahagian atas kulit oren untuk di jadikan sebagai penutup.
2.  Perah isi buah oren dan ambil 1/4 cawan jusnya.
3.  Satukan bahan A dalam mangkuk besi, dan pukul menggunakan hand mixer hingga kembang dan putih selama 3 min.  Kemudian letak di atas periuk yang berisi air mendidih dan putar hingga adunan menjadi pekat.  Alihkan dari periuk dan kaup balikkan adunan hingga bergaul rata.  Ketepikan.
4.  Satukan bahan B dalam mangkuk besi dan letak di atas periuk berisi air mendidih.  Kacau hingga gula larut dan adunan suam apabila di sentuh dengan jari.  Angkat dari periuk dan putar hingga putih telur menjadi meringue yang kental selama 2-3 minit tetapi jangan terlebih putar kerana ia kan mencair semula.
5.  Kaup balikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan A sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.  Adunan akan menjadi seperti adunan kek sponge.
6.  Sudukan 3/4 penuh ke dalam cawan-cawan oren dan bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 14minit sehingga adunan menaik 1 in dari cawan oren.
7.  Angkat dan tabur dengan gula icing dan hidang dengan segera.
Orange Souffles


Ahad, 28 September 2014

Creme Brulee


Creme Brulee
Sumber :  FB Qaseira Ummi / Buku Food Loves Dessert

Bahan-bahan
200ml susu segar
200ml whipping cream
2,3 titis esen vanilla
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur (* saya gunakan 1 biji sahaja)
Gula untuk ditabur di atas creme brulee

6 biji remekin 

Cara-cara :
1.  Panaskan susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar.
2.  Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan.
3.  Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh. Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas.
4.  Bakar kira-kira 15-20 minit.  Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
5.  Taburkan gula di atas creme brulee dan gunakan blow torch dengan api yang sederhana hingga gula menjadi perang.
6.  Cara lain - masukkan creme brulee yang telah ditabur gula ke dalam oven dan gunakan api atas sahaja. Bakar hingga gula menjadi perang (caramelized)
 Creme Brulee

Jumaat, 26 September 2014

Macaroni Sup


Macaroni Sup

Bahan-bahan
2 cawan makaroni di celur dan di toskan
2 keping dada ayam di rebus hingga empuk - tos dan hiris
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 labu bawang besar di cincang halus
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 inci halia - di cincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 batang daun ketumbar di cincang
3 batang sawi cina
1/2 biji capsium - potong dadu
1/2 batang lobak merah - potong dadu
bawang goreng
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan halia.  Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam dan lobak merah.
2.  Biarkan mendidih, masukkan capsium dan sawi. perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
3.  Biarkan sebentar di atas api baru di angkat.
4.  Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang di hiris.  Tuangkan sup dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
 Macaroni Sup

Rabu, 24 September 2014

Cucur Kentang Sarang Burung / Bird Nest Potato Fritters


Cucur Kentang Sarang Burung / Bird Nest Potato Fritters
Olahan K1

Bahan-bahan
3 biji ubi kentang - sagat halus
1/2 batang lobak merah - sagat halus
2 biji cili merah - potong halus memanjang
1 biji telur B
2 tangkai daun bawang - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
serbuk lada sulah secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1.  Satukan ubi kentang, lobak merah, cili, tepung, telur, garam dan serbuk lada sulah.  Gaul hingga rata.
2.  Panaskan minyak.  Masukkan senduk kecil ke dalam minyak panas, biar seketika.  jika senduk bertangkai besi, pastikan guna sarung tangan kain untuk mengelak tangan dari melecur.
3.  Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam senduk, menggunakan penyepit, masukkan adunan kentang saja, tanpa batter ke dalam senduk, rapikan mengikut bentuk bulat senduk.  Kemudian goreng hingga nampak sedikit perang.  Angkat keluar, gunakan sudu untuk mengeluarkannya jika melekat.
4.  Masukkan kembali ke dalam minyak dan goreng seketika.  Jika maukan lebih garing, goreng hingga keperangan.
5.  Angkat dan toskan dengan tisu dapur.
6.  Enak di  hidang bersama sos cili, mayonise atau thousand island.

*** Untuk membuat bentuk sarang burung, K1 tidak menggorengnya bersama batter kerana ia akan padat dan menjadi seperti jemput2..
Kentang Goreng Sarang Burung / Bird Nest Potato Fritters



Selasa, 23 September 2014

Laksam Kelantan



Laksam Kelantan

Bahan Laksam
400g tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung tepung ubi
1 sudu kecil garam halus
1100-1200ml air
Minyak untuk meleser

Bahan Kuah
800gm ikan kembung/selayang - direbus dan ambil isinya
2 liter santan (2 biji kelapa)
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 cm halia di tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk
10 ulas bawang merah di tumbuk
2 keping asam gelugor
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Laksam  :  Bancuhkan semua bahan hingga sebati.  Panaskan kukusan. Ambil acuan bulat (loyang atau tutup periuk pon boleh), leserkan dengan sedikit minyak kemudian masukkan kedalam kukusan. Tuang 1 senduk adunan membentuk satu lapisan nipis dan kukus selama 3-4 minit. Angkat dan gulung kemas ketika masih panas.

*** Kacau bancuhan setiap kali hendak mengukus supaya tepung tidak mendap ke bawah.

Bahan Kuah  : 
1.  Rebus ikan dengan sedikit air.  Masukkan asam gelugor dan sedikit garam. Angkat dan toskan.  Simpan air rebusan ikan dan asam gelugor untuk diguna semula.
2.  Siat isi ikan, kisar dengan menggunakan air rebusan tadi hingga hancur.  Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tumbuk.  Kacau selalu sehingga berwap dan masukkan gula melaka dan garam secukupnya.  Kacau dan biarkan sekali mendidih.  Tutup api dan kacau lagi sehingga wapnya keluar supaya kuah tidak berketul.

Sambal belacan
4 tangkai cili kering (rendam dan toskan)
6 tangkai cili merah
3 biji cili api
Sedikit belacan
4 biji limau nipis (ambil jusnya)
sedikit gula dan garam

Goreng semua cili dan belacan dengan sedikit minyak.  Tumbuk atau kisar bersama jus limau hingga  hancur, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.


Bahan Ulam - di hiris halus
1 biji timun
4-5 batang kacang panjang
2 helai daun kubis
Daun kesum
Taugeh
Bunga kantan
Limau nipis di belah 4

Hidangan :  Potong laksam setebal 1cm dan hidang bersama kuah, sambal belacan, dan ulam.
Laksam Kelantan

Rabu, 17 September 2014

Apple Crumble Cheesecake


Apple Crumble Cheesecake

Bahan Dasar
150gm tepung gandum
50gm gula kaster
100gm mentega (di potong kecil)
1 kuning telur
1/2 tsp parutan kulit lemon
25gm kelapa kering (di panggang sebentar)
2-3 tbsp air sejuk (dari peti sejuk)

Crumble Topping
120gm tepung gandum
35gm gula kaster
80gm mentega (di potong kecil)
100gm pecans / walnut (di panggang dan di cincang kasar)

Loyang 9" (Loose Base Tin)

Filling A
3 biji apple hijau (di potong dadu)
50gm gula kaster
1 tsp parutan kulit lemon
2 tbsp jus lemon
1/8 tsp serbuk cinnamon(kayu manis)
1 tsp tepung gandum
2 tbsp raisins
100gm macadamia (di panggang dan di cincang kasar)

Filling B
500gm cream cheese (suhu bilik)
100gm gula kaster
1 tbsp jus lemon
30gm tepung jagung
250ml UHT whipping cream
3 biji telur di pukul sedikit

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160C.
2. Dasar  : Gaul tepung dan gula, tambah mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti. Masukkan kuning telur, parutan kulit lemon dan kelapa kering. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati dan boleh di kepal dengan tangan. Tekan adunan ke dalam loyang. Cucuk dengan garpu dan bakar selama 15 minit. Ketepikan.
3. Filling A : Kupas kulit apple dan potong dadu, satukan dengan bahan filling yang lain dan masak dengan api sederhana di dalam kuali sehingga pekat. Ketepikan.
4. Filling B : Pukul cream cheese hingga licin dan berkrim. Masukkan gula, jus lemon dan tepung jagung di ikuti whipping cream dan telur, pukul hingga sebati dan licin.
5. Topping : Gaul tepung dan gula, masukkan mentega, dengan menggunakan hujung jari, gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tambahkan pecan dan gaul rata.
6. Tuang 1/2 adunan cheese ke dalam loyang. Tabur dengan apple filling dan kacang macadamia. Kemudian tuangkan baki adunan cheese hingga habis.
7. Tabur dengan crumble topping sehingga menutupi permukaan kek. Bakar menggunakan water bath selama 60 minit. Tutup oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih sebelum di potong.
8.  Untuk memotong guna pisau yang di layur di atas api atau di rendam air panas, lap sebelum memotong kek.
Apple Crumble Cheesecake

Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn


Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn 
Sumber :  Rasamalaysia.com

Bahan-bahan
12-15 udang saiz besar
1/4 gajus atau kacang - di panggang
5 tangkai cili kering - gunting 2
1/2 biji bawang besar - belah 4
1/2 biji capsicum / bell pepper - potong dadu
3 tangkai daun bawang - ambil bahagian putih saja
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 1/2 sudu besar minyak masak

Sos Kung Pao - Satukan dan gaul rata
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar air
beberapa titis minyak bijan
sedikit lada sulah
1/2 sudu kecil cuka hitam
1/2 sudu kecil gula


Cara-cara :
1.  Cuci udang, buang kulit dan tinggalkan sedikit pada bahagian ekornya.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang putih sebentar.  Masukkan bawang besar, capsicum dan cili kering dan gajus panggang.  Tumis hingga naik bau.
3.  Masukkan udang dan biar separuh masak.  Tuang sos Kung Pao dan kacau hingga sos agak pekat dan udang masak sepenuhnya.
4.  Tutup api dan masukkan potongan daun bawang.
Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn




Selasa, 16 September 2014

Salad Ayam Panggang / Roasted Chicken Salad


Salad Ayam Panggang / Roasted Chicken Salad

Bahan-bahan
1 keping dada ayam
1 sudu besar sos BBQ
sedikit minyak bijan

Lumur rata pada ayam kemudian panggang hingga masak.  Setelah sejuk hiris nipis-nipis.

Salad
Salad kerinting / lettuce
1 biji apple hijau atau merah
1/2 batang celery
1 biji capsicum / bell pepper
2 kelopak kubis unggu - hiris halus
1 batang zuchini / timun
Tomato cherry - belah 2

Kesemua di potong mengikut saiz makan, pilihan salad bergantung pada citarasa boleh gunakan campuran buahan dan sayuran yang di sukai.  Masukkan ke dalam mangkuk besar bersama isi ayam dan gaul dengan salad dressing.

Dressing
5-6 sudu besar mayonise
1 sudu besar jus lemon
sedikit garam dan salad sulah

Salad Ayam Panggang / Roasted Chicken Salad


Isnin, 15 September 2014

Kentang Keju Panggang / Baked Cheese Patato


Kentang Keju Panggang / Baked Cheese Patato

Bahan-bahan
5 biji ubi kentang saiz besar
1/2 sudu besar mentega
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai daun bawang - potong kecil
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan UHT whipping cream
garam dan lada sulah secukup rasa
Parutan keju cheddar secukupnya untuk taburan

Cara-cara :
1.  Bersihkan kentang, kemudian kukus hingga lembut.  Angkat dan biarkan betul2 sejuk.
2.  Potong 1/3 bahagian atas ubi kentang.  Keluarkan isinya menggunakan sudu, tinggalkan 1/4in tebal bahagian kulit luar.

3.  Hancurkan isi kentang yang di keluarkan tadi.  Ketepikan.
4.  Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan susu segar dan whipping cream, panaskan hingga berbuih di tepi periuk tetapi jangan sampai mendidih.
5.  Tuang sedikit2 ke atas ubi kentang, dan gaul hingga sebati, masukkan daun bawang dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
6.  Sudukan adunan tadi ke dalam kulit kentang hingga penuh.  Akhir sekali tabur dengan parutan keju cheddar.
7.  Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 15-20minit atau hingga keju cair dan keperangan.
Kentang Keju Panggang / Baked Cheese Patato

Ahad, 14 September 2014

Kek Lapis Zig Zag Neopolitan


Kek Lapis Zig Zag Neopolitan
Adapted from Kek Lapis Surabaya :  Ny Liem
Kek Lapis Surabaya 3 Rasa

Lapisan Vanilla
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160gm gula kaster
90gm tepung Hong Kong / Superfine
20gm susu tepung
200gm mentega cair
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh ovalette
1/4 sudu teh krim of tartar

2 Loyang segi 8" di alas kertas minyak dan di gris. 

Cara-cara :
1. Lapisan Vanilla : Pukul putih telur dan krim of tartar hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Satukan kuning telur, esen vanilla, gula dan ovalette, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim.
3.  Ayak bersama tepung dan susu tepung.   Kemudian masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega cair sambil di putar perlahan hingga rata.
4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, kaup balikkan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (+-480gm setiap satu).  Tuang ke dalam 2 loyang berasingan dan bakar selama 15 minit di rak tengah pada suhu 170C sehingga masak.
6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

Lapisan Zig Zag Coklat dan Strawberry
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160gm gula kaster
70gm Hong Kong / Superfine
30gm susu tepung
200gm mentega cair
2 sudu kecil ovalette
1/4 sudu teh krim of tartar
2 sudu kecil esen vanila
2 sudu teh serbuk koko (larutkan dgn sedikit air panas) + 2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh strawberry emulco + pewarna merah/pink

2 loyang zig zag 8in di alas dan di gris.
Jem secukupnya sebagai pelekat

Cara-cara :
1. Lapisan Zig Zag Coklat dan Strawberry : Pukul putih telur dan krim of tartar hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovalette, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim.
3. Ayak bersama tepung dan susu tepung.   Kemudian masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega cair sambil di putar perlahan hingga rata.
4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, kaup balikkan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (+-480gm setiap satu).  Satu bahagian di campur coklat emulco dan satu bahagian lagi di campur strawberry emulco.
6.  Tuang ke dalam 2 loyang berasingan dan bakar selama 15 minit di rak tengah pada suhu 170C sehingga masak.
7.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.
8.  Lapisan Zig Zag :  Cantum lapisan coklat dan dan strawberry dengan jem.  Potong dan rapikan tepinya.
9.  Ambil sekeping kek vanilla, sapu rata dengan jem dan letakkan cantuman lapisan zig zag di atasnya.  Sapu permukaan dengan jem dan tutup atasnya dengan sekeping lagi kek vanilla.
10.  Sedia di hidangkan.
Kek Lapis Zig Zag Neopolitan

Isnin, 8 September 2014

Lemon Yogurt Cupcake & Lemon Buttercream


Lemon Yogurt Cupcake & Lemon Buttercream

Bahan-bahan
170gm mentega tawar
270gm gula kaster
3 biji telur grade B
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
1/4 tsp salt
300gm tepung gandum
250ml susu segar
50ml plain yogurt

15 biji cawan kertas saiz sederhana

Cara-cara : 
1.  Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.  Masukkan telur satu persatu dan putar hingga bergaul rata.  (scrapkan tepi mangkuk pengadun supaya adunan bergaul rata) putar hingga sebati.
3.  Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan susu cair dan yogurt.
4.  Masukkan jus lemon,  garam dan parutan kulit lemon.  Pukul dengan kelajuan sederhana hingga rata dan berkrim.
5.  Masukkan 3/4 adunan ke dalam cawan kertas (souffle cup) atau acuan muffin.
6.  Bakar selama 25 minit pada suhu 160C atau hingga masak.

Lemon Buttercream
1/2 cawan krimwell / shortening
1/2 cawan mentega
2 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil parutan kulit lemon
3 1/2 cawan gula ising - ayak
Pewarna kuning lemon

Cara-cara :
1.  Putar krimwell dan mentega hingga kembang.  Masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon.  Putar rata. 
2.  Perlahankan mixer, masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan putar hingga bergaul rata.
3.  Masukkan pewarna dan gaul sebati.  Jika cream agak kering, tambahkan sedikit lagi lemon jus atau susu cair.
4.  Masukkan ke dalam piping bag dengan muncung nozzle yang di sukai.  Pipe ke atas cupcake.
Lemon Yogurt Cupcake & Lemon Buttercream

   

Rabu, 3 September 2014

Infused Water Recipes and Benefits / Minuman Kesihatan dan faedahnya


Infused Water Recipes and Benefits / Minuman Kesihatan dan faedahnya

Bahan
1 liter air mineral atau sparkling
buah-buahan segar seperti kombinasi jadual di bawah


Cara :  Campurkan air dan hirisan buah, simpan selama 4 jam di dalam peti sejuk.
Jangan di gunakan lagi selepas 48 jam minum dalam tempoh tersebut untuk kesegaran, diet dan kesihatan..
Infused Water Recipes and Benefits / Minuman Kesihatan dan faedahnya