Jumaat, 16 Januari 2015

Popia Basah


Popia Basah
Olahan dari FB Group Resipi Ringkas

Bahan Kulit Popia  : (12 kpg)
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti
1 cawan sengkuang parut
1 cawan lobak merah parut
1 cawan taugeh
1 cawan zuchini atau timun
3 ulas bawang putih - cincang halus
garam dan serbuk lada sulah
1 cawan kacang tanah goreng - tumbuk kasar
1/2 cawan bawang goreng

Cadangan lain :  Tauhu goreng hiris halus dan telur dadar - jika suka
Daun Salad


Cara-cara :
1.  Inti :  Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih hingga keperangan.  Masukkan lobak merah dahulu, di ikuti sengkuang, taugeh dan timun.  Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
2.  Kacau sebentar hingga rata, kemudian angkat.

Cara-cara :  Kulit Popia
1.  Campurkan kesemua bahan kulit ke dalam mangkok adunan, gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
2.  Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali non stick leper.
3.  Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
4.  Ratakan membulat di dalam kuali non stick,  biarkan seketika hingga masak.
5.  Angkat kulit popia dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2,  (tak lekat).
6.  Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sos, tabur dengan kacang tanah.  Letak 2 keping salad serta inti dan dan taburan bawang goreng

7.  Lipat dan gulung dan sedia untuk dimakan

Bahan Sos :
3 sudu besar cili kisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering - rendam dan tos
1 biji ubi kentang (kecil) - rebus
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar gula pasir (sos perlu manis)
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa

Cara-cara :
1.  Masukkan kesemua bahan sos ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2.  Masukkan ke dalam periuk bersama 1 cawan air dan biarkan mereneh dengan api perlahan sehingga pekat.
3.  Masukkan air asam jawa, kicap, gula, gula melaka dan garam secukupnya.  Reneh sehingga kuah hampir pekat.
 Popia Basah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan