Sabtu, 29 November 2014

Bubur Pulut Hitam / Black Glutinous Rice Dessert


Bubur Pulut Hitam / Black Glutinous Rice Dessert

Bahan-bahan
250gm pulut hitam (dicuci dan direndam 3-4 jam)
800ml air untuk merebus

Bahan B
150gm gula pasir
350ml santan cair
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan di simpul

Bahan C - santan pekat
300ml santan KARA + 200ml air
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar tepung beras
(Satukan dan masak hingga kuah agak pekat)

Hidangan yang di syorkan - bersama hirisan nangka, durian atau jagung krim..

Cara-cara :
1.  Toskan pulut kemudian masak dengan air sehingga kembang dan empuk.  Bila airnya tinggal sedikit masukkan bahan B dan masak hingga gula larut dan mendidih sekejap.
2.  Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama bahan C, (santan pekat)
3.  Tabur dengan hirisan nangka, durian, jagung jika suka.
Bubur Pulut Hitam / Black Glutinous Rice Dessert

Isnin, 24 November 2014

Kuih Kaswi Keladi


Kuih Kaswi Keladi
Resipi :  Sulimah Mohamed
Sumber :  Aini Binte Madon FB

Bahan A
200ml santan KARA (1 pack kecil)
200 ml air
80 gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
30 gm tepung kanji / tepung ubikayu
1/2 sudu teh air kapur
80gm keladi - potong dadu, rebus hingga empuk, toskan

Bahan B
150 gm gula pasir
120 gm santan cair

Bahan C
1/2 sudu teh esen keladi
Sedikit pewarna ungu

Acuan lompang - gris dengan sedikit minyak masak

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan A, masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga keladi halus.  Ketepikan.
2.  Masak bahan B hingga gula larut.  Tuangkan adunan ke dalam bahan A, gaul rata.  Kemudian masukkan bahan C, kacau hingga rata.
3.  Masak adunan sebentar hingga naik wap.  Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan2 kuih lompang
4.  Kukus selama 15 minit. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut.

Kelapa parut putih
Daun pandan - digunting2
Sedikit garam

Satukan semua dan kukus selama 20 minit.  Hidang bersama kaswi keladi.  Enak juga di makan tanpa kelapa parut..
Kuih Kaswi Keladi

Ahad, 23 November 2014

Victoria Sandwich


Victoria Sandwich
Sumber :  Nadia Saif FB

Bahan-bahan
1 tin kecil sardin / Mackerel
1 biji bawang besar sederhana - dadu kecil
2 biji cili padi - hiri halus
1 sudu kecil jus limau nipis
Sedikit garam
1 buku roti
2 biji carrot - potong kecil, rebus dan lecek halus
2 biji timun - buang biji, sagat halus, peras airnya
3 keping keju - jika suka

Sapuan - Mayonis dan Mentega

Cara-cara :
1.  Lecek ikan sardin, masukkan bawang, cili, jus limau nipis dan garam.  Gaul dengan 2-3 sudu besar sos sartin hingga rata.  Ketepikan.
2.  Lapisan pertama :  Sapu roti dengan mayonis, ratakan inti carrot di atasnya.
3.  Sapu sekeping lagi roti dengan mentega, letak di atas lapisan carrot.
4.  Lapisan kedua :  Sapu roti dengan mayonis, ratakan inti sardin, sapu sekeping lagi roti dengan mentega, letak di atas lapisan sardin.
5.  Lapisan ketiga :  Ulangi langkah di atas, mayonis, inti timun dan mentega.
6.  Lapisan Akhir :  Sapu sekeping roti dan letak di atas inti yang terakhir.  Kemudian tekan lapisan roti biar padat.
7.  Tindan 2 set sandwich dalam bekas supaya padat dan melekat.  Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
8.  Potong dan buang tepi roti.  Potong segi atau tigasegi mengikut suka.
Langkah seperti gambar Nadia Saif :)


Victoria Sandwich juga boleh di tambah dengan lapisan kepingan keju, salad atau tomato .. perfect !
Victoria Sandwich



Selasa, 18 November 2014

Roti Puri / Poori Bread


Roti Puri / Poori Bread 
Resipi :  Tuan Haji Mamak Haji FB

Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil susu tepung (jika ingin puri lembut dan berlemak)
1/2 sudu kecil gula
150ml air suam
1 sudu besar tpg suji**

Menghasilkan 10 biji roti puri

Cara-cara :
1.  Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas.  Adunkan semua hingga rata.
2. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh seperti doh capati.
3. Tutup dengan kain lembab selama 20 minit.
4. Bahagi doh seberat 50gm,  bentukkan menjadi bebola yang sama saiz sebesar buah lemon. (saiznya separuh saiz bebola roti canai atau capati.
5.  Titis minyak masak atas papan canai supaya tidak melekat dan canai nipis dan bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati.
6. Panaskan minyak dan goreng puri.  Bila puri terapong, tekan sedikit ke dalam minyak dengan sudip supaya puri mengelembong dengan baik.


Tips menyediakan Puri Terbaik : Tuan Hj Mamak Haji

Doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab sebelum dikepingkan.

Bila membuat kepingan puri jangan ditindih satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Meleperkan puri, gunakan sedikit minyak di atas permukaan papan canai dari menggunakan tepung untuk mengelakan melekit dipemukaannya.

Ini rahsia membuat puri yang lembut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk. Semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan mengekalkan gelembung puri .

Minyak gorengan puri perlu panas yang cukup semasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Biasanya minyak panas perlu berada 375 F – 400F. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk  puri mudah terapong.

Selepas masukkan puri yang perlu digoreng, beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan, supaya gelumbung keseluruhan di perolehi dengan baik. Puri yang baik adalah lembut, begelumbung sempurna dan ringan.
 Roti Puri enak di cicah bersama Alu Gabi, Kuah Kari atau Sambal Bilis ..
Roti Puri / Poori Bread

Alu Gobi


Alu Gobi
Resipi :  Tuan Hj Mamak Haji FB

Bahan-Bahan
5-7 biji ubi kentang sederhana besar
Rebus sehingga empuk.  Toskan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Ketepikan.
1 biji bawang besar dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris
2 biji tomato dipotong dadu
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
1 pokok ketumbar.  Asingkan batang dan daun, hiris halus
1 sudu besar pes halia bawang putih
1 cawan kacang campur (frozen) sejuk beku.  Rendam dan toskan.

Cara-cara :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.  Masukan biji jintan putih dan bawang hiris.  Tumis hingga bawang bertukar warna keperangan, masukkan batang ketumbar.
2. Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
3. Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.
4. Masukkan kacang campur dan gaul rata.  Bila naik bau masukkan ubi kentang rebus dan gaul rata.  Masukkan cili hijau dan garam masala.
5.  Akhir sekali, masukkan tomato dan gaul rata.  Masak dalam 2-3 minit saja.
6. Tutup api dapur dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar.  
Alu Gobi hidangan bersama roti puri.
Roti Puri / Poori Bread

Isnin, 17 November 2014

Kuih Sagumpal


Kuih Sagumpal

Bahan Sagu
250gm sagu kecil di cuci dan di toskan (putih atau berwarna)
200ml air panas utk siram

Inti Kcang Hijau
250gm kacang hijau
200gm gula melaka di racik halus
50gm gula pasir
600ml air
1 sudu besar tepung gandum

Rendam kacang selama dua jam. Kemudian masak bersama air hingga kembang, biarkan sehingga air hampir kering, masukkan gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.  Tabur dan gaul dengan tepung gandum untuk memekatkannya.  Masak hingga inti kering.  Angkat dan sejukkan, kemudian bulat2kan.

*** Lebihan inti boleh di simpan untuk membuat kuih yang menggunakan inti kacang.

Cara-cara :
1. Cuci sagu dan toskan selama 1/2 jam.  Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga boleh dikepal.  Air panas tidak perlu di habiskan jika boleh dikepal.
2.  Masak air di dalam periuk besar hingga mendidih.  Ambil sagu sebesar bola ping pong, menggunakan plastik, leperkan dan masukkan inti kacang di tengahnya dan gumpalkan menjadi bebola sagu dan rebus dalam air mendidih hingga berbola menjadi jernih.  Angkat dengan sudip berlubang dan masukkan ke dalam periuk kuah.

Bahan Kuah
800ml santan
180gm gula pasir                 
2 helai daun pandan                       
1 ulas bawah merah di mayang           
1 cm halia di hiris memanjang                             
1 sudu kecil halba
secubit garam
Air secukupnya untuk merebus bebola sagu

Masak santan bersama gula pasir, bawang merah, halia, halba dan daun pandan dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan bebola sagu ke dalamnya.

*** Guna sarung tangan plastik utk mengelak sagu dari melekat ketika mengumpalnya.
 Kuih Sagumpal

Sabtu, 15 November 2014

Telur Dadar Bunga Capsicum / Flower Capsicum Omelette


Telur Dadar Bunga Capsicum / Flower Capsicum Omelette

Bahan-bahan
3 biji telur Grade A
1 sudu besar susu cair
1/4 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh pasley kering

Capsicum di potong bentuk bunga

Kuali non stick 12 in
Sedikit mentega

Cara-cara :
1.  Kocok telur bersama bahan di atas hingga rata.
2.  Panaskan kuali non stick, leser sedikit mentega, ratakan.
3.  Tuang adunan telur tadi, biarkan sebentar, kemudian susun capsium mengikut kreativiti.
4.  Hidangan ringkas yang menarik.
Telur Dadar Bunga Capsicum / Flower Capsicum Omelette

Ahad, 9 November 2014

Satay Kambing Xinjiang Uyghur / Xinjiang Uyghur Lamb Skewers


Satay Kambing Xinjiang / Xinjiang Uyghur Lamb Skewers
Recipes by Chef Luke Nguyen
Translate

Bahan-bahan
1kg daging kambing (bahagian leher yang berlemak)
125ml (1/2 cawan) minyak masak untuk merenjis
1 sudu kecil serbuk cili kering (chili flakes)
1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
2 biji lemon - potong baji untuk menghidang

Bahan Perap (Marinade)
1 sudu kecil serbuk halia / 1/2 in halia segar tumbuk
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili kering
1 sudu kecil serbuk buah pala
3 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 sudu besar minyak masak
3 sudu besar kicap cair (light soy sauce)

Skewers atau ( lidi satay yang di rendam dalam air sejuk)

Cara-cara :
1.  Potong daging kambing 2.5cm kiub.
2.  Satukan bahan-bahan perap dan gaul rata bersama daging.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 1 jam atau seeloknya semalaman supaya daging lebih lembut dan beraroma.
3.  Cucuk daging perap dengan skewers atau lidi satay.

4.  Bakar di atas bara api (dapur arang) sambil di renjis sedikit minyak.  Sentiasa balik2 kan satay dan tabur sedikit serbuk cili kering dan serbuk jintan putih ketika membakar.

5.  Hidang bersama perahan jus lemon atau yogurt.
Satay Kambing Xinjiang Uyghur / Xinjiang Uyghur Lamb Skewers

Puding Roti Pisang / Banana Bread Pudding


Puding Roti Pisang / Banana Bread Pudding

Bahan-bahan
8 keping roti wholemeal / sandwich
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
3 biji telur
2 sudu besar mentega cair
3 sudu besar kismis (rendam dengan 2 sudu besar jus lemon)
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 biji pisang berangan - potong 1/2in menyerong

Mangkuk tahan panas / Loyang 8 in - gris dengan mentega

Cara-cara :
1.  Satukan susu segar, gula kaster dan telur, kocok ringan hingga rata.  Ketepikan
2.  Carik roti kecil2 dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas.  Ratakan.
3.  Tuang mentega cair ke atas roti dan tabur kismis bersama jus lemon dan parutan kulit lemon.
4.  Kemudian tabur dengan potongan pisang di atasnya.
5.  Akhir sekali tuang bancuhan telur dan tekan sedikit supaya roti terendam.  Biarkan seketika sehingga roti meresap bancuhan telur.
6.  Tabur dengan kismis dan parutan kulit lemon sebagai hiasan.
7.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu selama 30-35 minit pada suhu 180C atau sehingga masak

Sos Kastard Lemon
1 cawan susu segar
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu besar jus lemon

Satukan semua bahan di dalam periuk dan whisk hingga rata.  Masak dengan api sederhana hingga hampir pekat. Tuang ke atas puding.
 Puding Roti Pisang / Banana Bread Pudding

Selasa, 4 November 2014

Pisang Rai Bali Tepung Pulut


Pisang Rai Bali Tepung Pulut

Bahan-bahan
100gm tepung pulut
50gm tepung beras
150ml air
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu kecil gula kaster
1 biji pisang tanduk / pisang nangka sederhana
Air secukupnya untuk merebus
Kelapa parut muda + sedikit garam (kukus sebentar)

Cara-cara :
1.  Kukus pisang hingga masak.  Sejukkan dahulu dan ketepikan.
2.  Satukan tepung pulut, tepung beras, garam dan gula, masukkan air sedikit-sedikit dan uli seperti membuat doh onde-onde.  Jika doh keras tambahkan sedikit air lagi.
3.  Ambil sehelai plastik atau daun pisang, leperkan doh tersebut hingga rata mengikut saiz pisang.  Letakkan pisang di tengahnya dan gulung hingga membalut pisang.  Keluarkan plastik.
4.  Rebus air yang banyak hingga mendidih.  Kemudian masukkan pisang tadi dan masak hingga doh menjadi jernih dan timbul di permukaan air.  Angkat dan toskan.
5.  Golek di atas kelapa parut hingga rata.  Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidang. 
Pisang Rai Bali Tepung Pulut