Sabtu, 31 Januari 2015

Kuih Buah Labu


Kuih Buah Labu

Bahan-bahan
250gm isi labu yang telah direbus dan dilecek halus
200gm tepung beras pulut
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - potong 1 in untuk alas
Bunga Cengkih secukupnya untuk tangkai

Inti Kacang Hijau
150 kacang hijau tanpa kulit (rendam 1 jam)
100ml santan pekat KARA
50gm gula melaka
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam

Toskan kacang dan rebus dengan 1 cawan air dengan api kecil hingga masak.  Masukkan kacang ke dalam pengisar bersama santan, gula melaka, gula pasir dan garam.  Kisar hingga halus.  Masak di dalam kuali non-stick hingga kering dan tidak melekat di tepi kuali.  Sejukkan dahulu dan gentel bulat untuk di jadikan inti.

Cara-cara :
1.  Satukan isi labu, tepung beras pulut dan garam, uli hingga menjadi doh (air tidak perlu di masukkan kerana isi labu berair)
2.  Ambil doh seberat 20gm, leperkan dan masukkan inti kacang di tengahnya.  Tutup kembali dan ambil lidi kecil dan lakarkan seperti bentuk labu.  Cucuk di tengahnya dengan bunga cengkih sebagai tangkai.

3.  Sapu sedikit minyak pada labu yang telah siap dan alas dengan daun pandan.
4.  Kukus selama 5 - 8 minit hingga masak.
Kuih Buah Labu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan