Ahad, 4 Januari 2015

Guacamole with Crispy Tortilas Chips


Guacamole with Crispy Tortilas Chips
Olahan dari : www.taste.com.au

Bahan-bahan
3 biji avocado masak
1 biji bawang merah / ungu - cincang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji tomato - buang biji, potong kecil
1 tangkai cili merah - cincang
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 tangkai daun ketumbar - cincang halus
garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Mangkok Tortilas
6 keping roti tortilas - potong dia 4in
Sedikit minyak zaitun / minyak jagung untuk sapuan

Tortilas Chips
2 keping tortilas - potong 3 segi kecil
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara :
1.  Belah 2 buah avocado, keluarkan isinya menggunakan sudu.
2.  Masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga hancur.

3.  Gaul bersama bahan-bahan yang di cincang halus, bawang merah, bawang putih, cili merah dan daun ketumbar.  Gaul rata dan perasakan dengan perahan jus limau nipis, garam dan serbuk lada hitam.

4.  Mangkok Tortilas :  Sapu kepingan tortilas dengan sedikit minyak zaitun.  Kemudian letak kepingan tortilas di antara lubang acuan muffin yang di terbalikkan. 

5.  Panaskan oven dan bakar selama 10-15 minit pada suhu 180C.
6.  Isi guacamole dalam mangkuk tortilas dan makan bersama tortilas chips.

7.  Tortilas Chips :  Goreng keping tortilas hingga keperangan.  Angkat dan toskan.  Tabur dengan sedikit garam halus.  Tortilas ranggup selepas di angkat dari gorengan.
 Guacamole with Crispy Tortilas Chips


Tiada ulasan:

Catat Ulasan