Sabtu, 5 Disember 2015

Puding Kek Blackforest / Blackforest Pudding Cake


Puding Kek Blackforest / Blackforest Pudding Cake
By :  K1 @ Citarasawan

Bahan Dasar kek


Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair.  Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.  Masukkan mentega cair dan putar perlahan dan sebati.  Tuang ke dalam loyang 9 x 9in yang di alas kertas minyak.  Bakar selama 40-45 minit pada suhu 180C.  Sejukkan di atas redai dan potong setebal 1/2 in.  Masukkan potongan kek ke dalam loyang 8x8in (loose base tin). Ketepikan.

Bahan Puding Blackforest
Lapisan 1
500ml susu cair
10gm serbuk agar-agar
25gm serbuk koko
100gm gula pasir
3 biji putih telur*
30gm gula pasir*

Lapisan 2
400ml susu cair
20gm gula pasir
7gm serbuk agar-agar
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur - pukul ringan
125gm buah dark cherry dalam tin - tos dan asingkan airnya, belah 2

Lapisan 3
300ml air dark cherry
200ml air
7gm serbuk agar-agar
50gm gula pasir

Toping
250ml non-diary whip cream - putar hingga pekat
100gm coklat masakan - sagat kasar
Buah Cherry segar untuk hiasan

Lapisan 1
1.  Satukan susu cair, serbuk agar-agar, serbuk koko dan gula pasir, whisk hingga rata dan masak hingga mendidih.  Ketepikan dan biarkan suam dahulu.
2.  Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula pasir dan pukul hingga mengembang.
3.  Masukkan rebusan agar-agar sedikit demi sedikit ke dalam putih telur sambil di putar perlahan dengan hand mixer.
4.  Tuang ke atas lapisan kek dan biarkan beku.

Lapisan 2
1.  Satukan susu cair, susu pekat, gula dan serbuk agar-agar.  Masak hingga gula larut.  Tutup api, ambil 1 senduk rebusan agar-agar dan masukkan ke dalam kuning telur, kacau hingga sebati.  Tuang kembali ke dalam rebusan agar-agar dan masak hingga mendidih.
2.  Tuang ke atas Lapisan 1 dan biarkan beku.  Kemudian susun dark cherry di atasnya.

 Lapisan 3
1.  Satukan semua lapisan 3 dan masak hingga mendidih.  Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan 2.
2.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.
3.  Keluarkan dari peti sejuk,  salut dengan whip cream dan hias dengan taburan coklat sagat dan buah cherry segar.
Puding Kek Blackforest / Blackforest Pudding Cake

Kek Pisang / Banana Cake


Kek Pisang / Banana Cake

Bahan-bahan




Cara-cara :
  1. Lecek pisang bersama 1 sudu besar jus limau nipis untuk naikan urat2 pisang.
  2. Ayak tepung, soda bikabonat, baking powder dan garam. Ketepikan
  3. Pukul telur,gula dan esen vanila hingga gebu. Masukkan minyak jagung. tuang perlahan-lahan sambil terus memukul.
  4. Masukkan pisang, pukul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul guna speed perlahan.
  5. Bakar pada suhu 160-170c selama 30min. Jika permukaan keperangan turunkan suhu kepada 150C. Cucuk dgn lidi jika lidi bersih dah masak jika belum tambah 5min lagi.

Kek Pisang / Banana Cake