Khamis, 25 Jun 2015

Biskut Afghan / Afghan Cookies


Biskut Afghan / Afghan Cookies
K1@citarasawan

Bahan-bahan
200gm mentega
20gm shortening
80gm gula perang
200gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
20gm serbuk koko
30gm walnut cincang
90gm cornflakes - ramas halus

Hiasan :  Coklat masakan cair
walnut cincang (sangai dahulu)

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, shortening dan gula perang hingga berkrim.
2.  Masukkan tepung, soda bikabonat, serbuk koko, cornflakes dan walnut cincang.  Uli menjadi doh.
3.  Ambil sebesar ibu jari dan susun di dalam loyang.  Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan dahulu, sudukan atau paip coklat cair di atas biskut dan tabur dengan walnut cincang.
5.  Simpan di dalam bekas kedap udara.
Biskut Afghan / Afghan Cookies

Ahad, 21 Jun 2015

Biskut Sarang Semut


Biskut Sarang Semut
Sumber :  Cendanakasih

Bahan-bahan
150gm mentega
50gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
150gm tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
cawan kertas secukupnya

Hiasan :  chocolate rice, manik hundred thousand

Cara-cara :
1.  Satukan tepung, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder.  Ayak
2.  Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga sebati.  Masukkan campuran tepung dan uli menjadi doh.
3.  Masukkan ke dalam acuan berlubang (alat penekan ubi kentang), dan tekan doh keluar.  atau menggunakan pemarut.
4.  Ambil doh menggunakan garpu dan masukkan ke dalam acuan kertas.  Tabur chocolate rice dan manik hundred thousand.
5.  Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Biskut Sarang Semut

Selasa, 9 Jun 2015

Tart Nenas Hitam


Tart Nenas Hitam

Bahan A
250 gram gula perang
300 gram mentega tawar
Sebiji telur (kuning dan putih) grade B
1 kuning telur
1/4 sudu teh garam

Bahan B
30 gram tepung jagung
425 gram tepung gandum
30 gram serbuk coklat hitam
30 gram susu tepung

Jem nenas secukupnya - gentel bujur

Penyediaan :
1.  Satukan bahan A dan pukul hingga sebati menggunakan senduk kayu.
2.  Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Masukkan ke dalam acuan tart gulung dan tekan.  Letak inti nenas dan gulung.
4.  Hias mengikut suka.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 25-30minit.

Nota :  Serbuk coklat hitam mempunyai rasa yang pahit, sukatan boleh dikurangkan dan dicampur dengan serbuk koko biasa..

Tart Nenas Hitam

Biskut Sampan Nestum


Biskut Sampan Nestum
Resipi : cikadakbiru.blogspot.com
Sumber : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-Bahan
250 gram mentega - suhu bilik
140 gram gula perang halus
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan Doh Pastri
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan rata tepung rose @ tepung gandum

Bahan Filing Nestum
1/3 Adunan yang di ketepikan
1/2 cawan nestum
3 sudu besar tepung jagung

Hiasan :  Potongan ceri merah dan hijau

Cara-cara :
1. Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul hingga sebati.  Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau rata.
3. Ketepikan 1/3 dari adunan untuk Filing. Baki adunan untuk bahagian doh pastri.
4. Doh Pastri :  Satukan baki adunan dan tepung jagung, kacau guna senduk kayu,  kemudian masukkan tepung gandum dan adun sehingga tidak melekat jari.
5.  Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan sampan atau acuan tart, biar berlurah di tengahnya. Trim lebihan doh dengan pisau.  Buat hingga habis.
6.  Filling Nestum :   Campurkan adunan yang di ketepikan bersama tepung jagung dan nestum..Kacau sehingga sebati menjadi adunan yang lembik.
7. Ambil sudu kecil atau pisau, ratakan filing nestum di tengah doh pastry.  Hias dengan potongan ceri merah dan hijau.

8.  Bakar pada suhu 170C selama 15minit api bawah saja dan tukar api atas dan bawah selama 15 minit lagi hingga masak.
Biskut Sampan Nestum

Biskut Ole Sayang


Biskut Ole Sayang
Resipi :  Chef Ismail@Nestle Cornflakes

Bahan A
220gn tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik

2 cawan cornflakes - kisar halus
50gm badam cincang - sangai
180gm mentega
90gm gula kaster
1 sudu besar madu
1 1/2 sudu teh esen vanila

Hiasan :  Cornflakes - ramas kasar, ceri merah

Cara-cara :
1.  Ayak bahan A, masukkan conflakes dan badam.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega, gula, madu dan esen hingga sebati.  Kaup balikkan bahan A, gaul sebati hingga menjadi doh.
3.  Ambil 1 sudu kecil doh dan bentukkan ke bebola kecil, sadurkan dengan cornflakes dan hias dengan ceri.
4.  Susun di atas dulang pembakar yang di gris marjerin.  Jarakan biskut untuk mengembang.
5.  Bakar di dalam oven pada suhu 180C selama 12-15minit hingga kekuningan.

Note :  Jika bebola doh agak kering, sapukan sedikit mentega sebelum di sadur dengan cornflakes supaya ia melekat pada doh.
Biskut Ole Sayang