Khamis, 30 Oktober 2014

Funfetti Cupcakes


Funfetti Cupcakes
Adapted :  Simply Scratch
Translated

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/4 sudu teh garam halus
1 cawan susu cair
4 biji putih telur
2 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan mentega tawar
1 cawan gula kaster
1/2 cawan rainbow sprinkles

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 170C.  Isikan acuan muffin dengan cawan kertas.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur, esen vanila dan putar hingga sebati.
3.  Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu cair, putar hingga rata.
4.  Akhir sekali masukkan rainbow sprinkles, kaup balik dengan spatula hingga rata.
5.  Sudukan dalam cawan kertas, tabur atasnya dengan rainbow sprinkles dan bakar dalam oven yang di panaskan dahulu selama 20-25 minit mengikut saiz cupcakes.
6.  Keluarkan dari oven, sejukkan dahulu sebelum di hias buttercream.

Vanilla buttercream
1 1/2 cawan mentega tawar
3 1/2 cawan gula ising
2 sudu besar dairy whiping cream
1 sudu besar esen vanila
Manik berwarna untuk hiasan (rainbow sprinkles)

Satukan mentega dan gula, pukul dengan kelajuan sederhana hingga kembang.  Perlahankan mixer, masukkan whipping cream dan esen vanila, putar hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe ke atas cupcake.  Hias dengan manik berwarna atau yang di sukai.
Funfetti Cupcakes

Rabu, 29 Oktober 2014

Pink Pavlova


Pink Pavlova
Source :  Foodnetwork.ca

Bahan-bahan
4 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
1 cawan gula kaster
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
20gm serbuk strawberry ice blended
sedikit pewarna pink

Cream
1 cawan UHT whipping cream
2 sudu besar gula kaster

Buah-buahan segar seperti strawbery, berries, kiwi, peach dsbnya

Cara-cara :
1.  Pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih.  Masukkan gula kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit hingga kental.
2.  Perlahankan mixer, masukkan tepung jagung, serbuk strawberry, pewarna dan cuka makan, pukul sebentar hingga rata.
3.  Buat lakaran bulat 10 in di atas kertas parchment. Sudukan adunan dan ratakan memenuhi lakaran tadi.
4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 120C selama 30-40 minit.  Tutup api dan biarkan di dalam oven selama 20 minit.
5.  Untuk menghidang, pukul whip cream hingga pekat, masukkan gula kaster dan gaul rata.
6.  Picit cream ke atas pavlova dan tabur dengan hirisan buah-buah segar.
 Pink Pavlova

Selasa, 28 Oktober 2014

Cucur Kembung Manis


Cucur Kembung Manis
Sumber :  FB Noraslinda Bungal

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder - K1 tambah
3 cawan air panas (air yang mendidih)
1/2 cawan susu pekat manis
Secubit garam

Cara-cara :
1.  Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.  Adunan menjadi doh yang melekat di tangan.
2.  Biarkan doh suam dahulu supaya senang di bulat2kan.
3.  Basahkan tangan dengan air supaya tidak melekat, ambil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan bulat2kan.  Pastikan minyak betul2 panas sebelum di goreng dengan api sederhana.
4.  Goreng dalam minyak yang banyak, bila adunan timbul balik2kan dan goreng hingga keperangan.
Cucur Kembung Manis

Isnin, 27 Oktober 2014

Begedil Kentang


Begedil Kentang

Bahan-bahan :
500gm ubi kentang, kupas potong baji
100 gram daging cincang
1 biji telur
1 sudu besar bawang goreng, ramas halus
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garam
1/2 batang celery, hiris halus
2 tangkai daun bawang, hiris halus

Celupan :  1 biji putih telur - pukul ringan

Cara-cara :
1.  Goreng kentang hingga masak, tos dan lecek hingga halus ketika masih panas. Masukkan ke dalam mangkuk.
2.  Goreng daging cincang dengan sedikit minyak hingga masak dan airnya kering.   Angkat dan gaulkan bersama kentang, kuning telur, bawang goreng, celery, daun bawang, serbuk lada sulah dan sedikit garam hingga rata.
3.  Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit atasnya.  celup ke dalam putih telur dan goreng hingga keperangan.
4.  Angkat dan toskan.  Boleh di makan bersama sos cili atau di makan bersama nasi, lontong atau soto.
Begedil Kentang

Rabu, 22 Oktober 2014

Sup Tulang Chef Amer


Sup Tulang Chef Amer
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Sumber :  Puan Azlita Aziz

Bahan-bahan
1 kg tulang lembu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
1 batang lobak merah - di dadu
2 biji kentang - di dadu
Daun sup dan daun bawang - di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan Kisar A
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia

Bahan Kisar B
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Cara-cara :
1.  Rebus tulang dengan air secukupnya hingga daging empuk, semasa mendidih buang buih dan lemak yang terapung.  Ketepikan.
2.  Kisar hingga halus bahan A dan bahan B berasingan.  Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk.  Tumis rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
4.  Masukkan bahan kisar A dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.  Kemudian masukkan bahan kisar B masak lagi hingga garing.
5.  Kemudian masukkan rempah sup yang dicampur air untuk jadikan pes.  Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
6.  Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang.  Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau dan biarkan ia merenih.
7.  Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
8.  Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang di dadu kecil.  Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
9.  Tutup api dan sedia di hidangkan.

Sambal Kicap Chef Amer
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar.  Sedia di hidang bersama sup tulang.
Sup Tulang Chef Amer

Isnin, 20 Oktober 2014

Sira Pisang Berempah


Sira Pisang Berempah

Bahan-bahan
1 biji pisang tanduk - sedang
200ml air
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar lemon jus
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 biji bunga cengkih
2-3 helai daun pudina

Cara-cara :
1.  Potong pisang menyerong 4-5 hirisan.
2.  Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain dan masak hingga mendidih dan sirap agak pekat.
3.  Sedia di hidangkan.
Sira Pisang Berempah

Isnin, 13 Oktober 2014

Sup Tulang


Sup Tulang

Bahan-Bahan
1/2 Kg Tulang
1 batang serai - di ketuk
1/2 inci halia - di ketuk
4 cawan air

 Rempah Sangai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih

Sangai rempah tanpa minyak hingga naik bau, kemudian bungkus di dalam kain kasa, jadikan unjang sup. Cara ini untuk mengelakkan sup menjadi berkeladak dengan rempah.

Masukkan tulang, serai, halia dan unjang sup ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih, keluarkan buih dan lemaknya dan masak hingga tulang lembut.  Tutup api dan ketepikan dulu.

Rempah Kasar
1 batang kayu manis - patah 2
4 biji buah pelaga
3 tangkai bunga lawang
2-3 tangkai cengkih

Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan Sampingan
1/2 batang lobak merah - potong kecil
2 biji kentang - belah 6
1 biji tomato - belah 4
1/2 batang celery - potong kecil

Daun sup, daun bawang dan bawang goreng


Cara-cara :
1.  Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali kecil, Tumis rempah kasar dan bahan kisar hingga naik bau.
2.  Kemudian masukkan rempah tumis tadi ke dalam periuk berisi tulang.  Buka api dan masukkan kentang dan lobak merah.  Masak hingga kentang empuk.
3.  Perasakan dengan garam secukupnya.
4.  Tutup api dan akhir sekali masukkan tomato dan celery.
5.  Tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sewaktu menghidang.
Sup Tulang

Jumaat, 10 Oktober 2014

Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam


Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam
Sumber : namakucella

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut - rendam 3-4 jam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kacang mata hitam - rendam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
daun pisang & tali rafia untuk mengikat

Cara-cara :
1. Toskan pulut, masukkan ke dalam pengukus.  Letak kacang sebelah tepi pengukus tetapi jangan di gaul dengan pulut.  Kukus bersama sehingga 3/4 masak.  Keluarkan kacang terlebih dahulu, asingkan dari pulut.  Kemudian angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas.  Ketepikan.
2.  Masak santan, garam dan gula hingga gula larut tetapi jangan sampai mendidih.
3. Gaul campuran santan dengan pulut hingga sebati.  Kemudian masukkan kacang kukus tadi dan gaul rata.
4.  Koyak daun pisang anggaran selebar tapak tangan.
5.  Ambil 1 sudu besar pulut berkacang tadi dan bungkus seperti membuat lepat pisang.
6.  Ambil 2 biji lepat yang dah siap dibungkus dan ikat bersama dengan tali rafia dengan kemas.
7.  Masukkan ke dalam periuk, isi dengan air hingga tenggelam.  Rebus hingga airnya hampir kering.
8.  Angkat dan toskan.  Biarkan sejuk dan isinya pejal.
 Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam

Khamis, 9 Oktober 2014

Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak


Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak
Sumber :  Hesti's Kitchen

Bahan-bahan
600 santan pekat
300 gula merah (masak dengan 600 air dn daun pandan) tapis
170gm tepung hunkwee (2 bungkus)
1/2 tin susu pekat manis
8 biji telur A - pukul ringan
1/2 sudu teh garam

Loyang 8 in di alas plastik dn di gris

Cara-cara :
1.  Panaskan pengukus.  gris loyang dengan minyak dan alas dengan plastik tahan panas.  Gris bahagian dasar dan tepi loyang dengan minyak.
2.  Pukul telur dan santan, masukkan sirap gula merah, tepung hunwee, susu pekat manis dan garam, whisk hingga rata dan tapis.
3.  Panaskan loyang di dalam pengukus selama 5 minit, tuang 1 sendok adunan (120ml) dan kukus selama 5 minit sehingga keras.  Guna api besar semasa mengukus, bagi mendapat lapisan berombak yang lebih jelas.
4.  Kemudian tuang 120ml adunan berikutnya perlahan dari sisi loyang, aduk adunan setiap kali menuang supaya adunan tidak mendap.
5.  Ulangi melapis sehingga habis.
6.  Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15-20 minit
7.  Biarkan betul2 sejuk sebelum di potong.
8.  Kuih mengambil masa 3-4 jam untuk melapis dan mengukus.
Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak

Sabtu, 4 Oktober 2014

Kuih Nona Manis


Kuih Nona Manis
Resepi Asal : Warisan Mama
Sumber :  Azlita Aziz & Rujukan : Hesti's

Bahan A
1 biji telur B - kocok hingga kembang
1/2 cawan gula halus (125gm)
1 cawan santan KARA (250ml)@(1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air)
1 cawan tepung gandum (145gm)

Cara :  Dalam bekas, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.  Masukkan telur yang di pukul dan whisk hingga rata dan tidak berketul.  Ketepikan

Bahan B
1/2 cawan santan KARA(125ml)
1/2 cawan air pandan (125ml) -  (5 helai daun pandan + 1/2 cawan air.  Kisar dan tapis)
1/4 cawan gula halus (55gm)
1/4 cawan tepung jagung (30gm)
secubit garam (1/4 sudu teh)
sedikit pewarna hijau apple
sedikit pandan emulco (optional)

Cara-cara :
1.  Dalam periuk, Satukan air pandan dan santan.  Kemudian campurkan gula, tepung jagung, garam, pandan emulco (optional) dan sedikit pewarna hijau apple, tambah pewarna jika perlu untuk warna yang lebih menyerlah.
2.  Whisk hingga rata dan tidak berbintil-bintil
3.  Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat, kacau hingga rata.
4.  Angkat dari dapur, ambil Adunan A dan tuang ke dalam Adunan B sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga rata dan adunan menjadi pekat dan licin.  Ketepikan dahulu sementara menyediakan adunan Putih

Bahan C - Adunan Putih
1 cawan santan KARA (1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula* - tak letak
1/2 sudu teh garam

25 buah acuan lompang

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan C, Tapis ke dalam periuk, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.  Biarkan adunan suam sikit baru di masukkan dalam piping bag (gunting sedikit hujungnya untuk pipe).
2.  Panaskan pengukus hingga airnya mendidih.  Balut atau lap tutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis pada kuih.
3.  Sediakan acuan lompang kecil, oleskan dengan minyak jagung / minyak masak.
4.  Tuangkan adunan hijau 3/4 penuh dalam acuan lompang.
5.  Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan menaik di permukaan.
6.  Susun dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit.
7.  Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
Kuih Nona Manis

Jumaat, 3 Oktober 2014

Biskut Chocolate Chips Hitam / Black Chocolate Chips Drop Cookies


Biskut Chocolate Chips Hitam / Black Chocolate Chips Drop Cookies

Bahan A
200gm mentega
50gm shortening
180gm gula perang
50gm gula pasir
1 kuning telur + 1 biji telur

Bahan B
280gm tepung gandum
30gm serbuk koko
20gm serbuk koko hitam
30gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
100gm chocolate chips
1 sudu teh esen vanila
60gm cornflakes - di ramas kasar
80gm badam cincang - di sangai

Hiasan : Oats atau cornflakes - ramas kasar, / gula aising atau colour chips dll

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Satukan bersama chocolate chips, badam cincang dan cornflakes. Gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega, gula dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur, putar sebati. Masukkan esen vanila putar hingga rata.
3. Masukkan adunan mentega ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Sudukan doh dan golek dengan oats atau cornflakes hingga bersalut rata.
5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 25-30 minit hingga masak.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.
 Biskut Chocolate Chips Hitam / Black Chocolate Chips Drop Cookies