Isnin, 2 Mac 2015

Sardine Puff


Sardine Puff

Bahan-bahan
Pastry Puff  KAWAN 4x4in
1 biji kuning telur + sedikit susu sejat untuk sapuan

Inti Sardine
1 tin kecil sardine atau mackerel - hancurkan isinya
1 labu bawang besar - belah 2 potong nipis
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu besar cili kisar
sedikit perahan jus limau nipis
sedikit garam
minyak untuk menumis

Tumis bawang putih hingga perang, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.  Masukkan bawang besar, kacau sebentar hingga bawang layu dan masukkan ikan sardin bersama sosnya.  Perasakan dengan sedikit garam dan jus limau. Masak hingga inti hampir kering.  Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam puff.

Cara-cara :
1.  Keluarkan pastry puff dari peti sejuk.  Biarkan sebentar hingga lembut.  Potong setiap keping kepada 2, satu kepingan lebih besar untuk penutup pastry.  Jangan keluarkan plastik alas pastry sewaktu memotongnya supaya pastry tidak melekat.

2.  Kepingan yang lebih besar dikelar menyerong tapi jangan sampai putus menggunakan pemotong pizza atau pisau tajam.
2.  Isikan inti sardin di tengah kepingan yang kecil kemudian tutup di atasnya dengan kepingan yang di kelar tadi.

3.  Tekan dengan garpu kelilingnya supaya puff tidak terbuka sewaktu di bakar.
4.  Sapu di atasnya dengan kuning telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit hingga keperangan.  Pasang kipas oven supaya puff masak sekata dan garing.
 Sardine Puff

Tiada ulasan:

Catat Ulasan