Jumaat, 13 Mac 2015

Pastry Puff Sosej


Pastry Puff Sosej

Bahan-bahan
1 paket square pastry puff KAWAN
1 paket sosej - potong 2 setiap satu
Parutan keju cheddar secukupnya
Sapuan :  1 kuning telur + sedikit air dan susu sejat

Cara :
1.  Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik.  Potong 2 1/2 x 2 1/2in setiap satu.
2.  Ambil satu keping dan letak 1 keratan sosej di tengahnya.  Tabur dengan serbuk lada lada hitam jika suka.
3.  Temukan kedua bucu pastry di tengah, tekan sedikit supaya melekat.  Sapu permukaan dan tepinya dengan kuning telur.

4.  Tabur parutan keju di tengahnya.  Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.  Pasang kipas oven supaya garing dan masak sekata.
Pastry Puff Sosej

Tiada ulasan:

Catat Ulasan