Khamis, 5 Mac 2015

Lontong Goreng


Lontong Goreng
Sumber :  Dapur Tanpa Sempadan@CMG

Bahan-bahan
6 biji ketupat segera  atau lontong
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1/2 keping dada ayam, hiris memanjang*
1/2 camca teh lada hitam*(*digaul rata dan perap)
8 biji bebola ikan, belah 2 setiap 1
3 batang jejari ketam, potong 3 setiap 1
2 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 camca besar lemak manis
2 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
1 genggam taugeh, dibersih
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air

Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara:
1.  Ketupat dipotong kecil, ketepikan.  Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili, sos tiram dan kacau rata, masak sekejap. Guna api kecil.
2.  Tambah ayam dan masak hingga ayam berubah warna, boleh masukkan sedikit air. Kemudian masukkan udang, bebola ikan dan jejari ketam. Kacau rata.
3.  Tambah kicap lemak manis dan batang sawi, kacau rata. Masukkan ketupat, gaul hingga rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan sedikit minyak dan tuang telur. Biar telur kental, kemudian kacau rata bersama ketupat tadi.
4.  Tambah daun sawi dan taugeh, kacau dan masak sekejap. Rasa jika kurang masin anda boleh tambah sedikit lagi kicap lemak manis. Matikan api, dan tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas.
Lontong Goreng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan