Isnin, 30 Mac 2015

Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies


Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies
Sumber :  Cendana Kasih

Bahan-bahan 
150gm mentega
150gm tepung gandum
75gm gula kastor
60gm cornflakes - ramas kasar
50gm coklat chips
25gm almond nibs
1sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh emplex

Hiasan :  Ceri merah, dihiris memanjang

Cara-cara :
1. Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati saja.
2. Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.
3. Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari.  Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu di bakar.  Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.  Tekan hirisan ceri merah di tengahnya.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25min bergantung pada oven.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies

Tiada ulasan:

Catat Ulasan