Khamis, 12 Mac 2015

Biskut Oat Blackcurrant / Oatmeal Blackcurrant Cookies


Biskut Oat Blackcurrant / Oatmeal Blackcurrant Cookies
Sumber :  Chef Yuda Bustara @ Urban Cook AFC

Bahan-bahan
120gm oatmeal ( 1 1/2 cawan)
100gm tepung gandum (1/2 cawan)
90gm raisin (1/2 cawan blackcurrant atau kismis)
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh garam
85gm mentega tawar (6 sudu makan)
100gm gula perang (1/2 cawan)
60gm gula pasir (1/4 cawan)
1 biji telur grade A
1 sudu teh esen vanilla

Cara Penyedian :
1.  Panaskan oven 180C.
2.  Satukan oatmeal, tepung, blackcurrant, baking soda, dan garam.  Ketepikan.
3.  Pukul gula dan metega hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanilla.  Gaul rata.
4.  Masukkan campuran oatmeal, kaup balik dengan spatula hingga bergaul rata.

5.  Ambil 1 scoop kecil (1 sudu kecil), atur di dalam loyang yang di alas baking paper.  Jarakkan antara biskut 3cm kerana biskut mengembang.  Bakar selama 15 minit hingga biskut kecoklatan.
6.  Biarkan biskut sejuk dan mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
 Biskut Oat Blackcurrant / Oatmeal Blackcurrant Cookies

Tiada ulasan:

Catat Ulasan