Khamis, 19 Februari 2015

Salmon Panggang


Salmon Panggang

Bahan-bahan
2 keping isi ikan Salmon
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh minyak zaitun

Cadangan Hidangan :  Sayuran yang di celur seperti asparagus, kacang buncis, salad, kentang panggang dan yang di sukai.

Cara
Gaulkan ikan bersama bahan-bahan lain dan minyak zaitun.  Perap selama 1/2 jam di dalam peti sejuk.  Bakar atau panggang di dalam oven selama 15 minit atau hingga masak.  Hidang bersama sayuran celur dan perahan jus lemon.
Salmon Panggang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan