Jumaat, 13 Februari 2015

Chocolate Cherry Ball


Chocolate Cherry Ball

Bahan Kek Coklat Moist
25gm serbuk koko *
60gm gula kastor*
100ml susu sejat / susu cair*
50gm minyak masak / minyak jagung*
60gm susu pekat manis*
1 biji telur - pukul hingga berbuih
40gm tepung gandum
1/4 sudu teh soda bikabonat
1/4 sudu teh baking powder

Bahan B
50gm cream cheese (suhu bilik)
1/2 sudu besar mentega
- Putar hingga lembut

Bahan C
Marashino cherry bertangkai secukupnya
150gm coklat masakan - potong kecil, cairkan secara double boil

Loyang 7 (alas dasar dan di gris minyak kelilingnya)

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan-bahan bertanda* di dalam periuk, kacau di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.  Tak perlu sampai mendidih,.
2.  Biarkan suam sedikit, masukkan telur yang di pukul tadi sedikit-sedikit sambil di kacau dengan hand whisk hingga rata dan sebati.
3.  Tuang ke dalam loyang dan kukus di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu selama 40 minit dengan api sederhana hingga masak.
4.  Sejukkan dahulu kemudian ramas hingga hancur.  Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan gaul hingga boleh di kepal.
5.  Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan.  Letak cherry di tengahnya.  Buat hingga habis dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
6.  Cairkan coklat masakan secara double boil, celup bebola cherry hingga rata, tabur dengan hiasan jika suka.
7.  Biarkan coklat sejuk dan mengeras.
Chocolate Cherry Ball

Tiada ulasan:

Catat Ulasan