Ahad, 22 Februari 2015

Chocolate Lasagna


Chocolate Lasagna
Sumber :  FB Resipi Ringkas

Bahan A: (Dasar Biskut Oreo)
36 ketul oreo dikisar (ambil krimnya sekali)
6 sudu besar mentega cair

Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.  Masukkan ke dalam loyang atau acuan, tekan padat dan simpan di dalam peti sejuk.

Bahan B: (Cream Cheese)
250 gm cream cheese
1 cawan Dairy UHT whipping cream
60 gm gula kastor
2 sudu besar susu segar

Cara-Cara :
1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan putar hingga lembut dan licin.
4. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
5. Di dalam bekas yang lain, pukul dairy whipping cream hingga kental.
6. Kemudian kaup balik ke dalam adunan cream cheese sehingga sebati.  Bahagikan kepada 2 bahagian, masukkan ke dalam piping bag.

Bahan C (Chocolate Pudding)
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 sudu teh garam
3 cawan susu segar
185 gm dark chocolate, dicincang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara :
1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas.
2. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan.  Masak di atas double boiler dengan api sederhana.  Masukkan serbuk koko dan whisk sehingga adunan sebati dan pekat (15 - 20 minit).
3. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental.
4. Alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
5. Sejukkan dan ketepikan.

Note :  Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.

Cara Melapis :
1. Picitkan 1 bahagian adunan cheese ke atas dasar biskut oreo.  Ratakan.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk selama 10-15minit.
2. Kemudian lapis di atasnya dengan chocolate pudding dan ratakan.  Simpan semula di dalam peti sejuk sehingga bahagian atas pudding set (beku) - 10-15minit.
4.  Akhir sekali picit adunan cheese, ratakan dan taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.  Enak di hidang dingin.
Chocolate Lasagna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan