Rabu, 22 Oktober 2014

Sup Tulang Chef Amer


Sup Tulang Chef Amer
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Sumber :  Puan Azlita Aziz

Bahan-bahan
1 kg tulang lembu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
1 batang lobak merah - di dadu
2 biji kentang - di dadu
Daun sup dan daun bawang - di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan Kisar A
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia

Bahan Kisar B
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Cara-cara :
1.  Rebus tulang dengan air secukupnya hingga daging empuk, semasa mendidih buang buih dan lemak yang terapung.  Ketepikan.
2.  Kisar hingga halus bahan A dan bahan B berasingan.  Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk.  Tumis rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
4.  Masukkan bahan kisar A dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.  Kemudian masukkan bahan kisar B masak lagi hingga garing.
5.  Kemudian masukkan rempah sup yang dicampur air untuk jadikan pes.  Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
6.  Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang.  Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau dan biarkan ia merenih.
7.  Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
8.  Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang di dadu kecil.  Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
9.  Tutup api dan sedia di hidangkan.

Sambal Kicap Chef Amer
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar.  Sedia di hidang bersama sup tulang.
Sup Tulang Chef Amer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan