Jumaat, 10 Oktober 2014

Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam


Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam
Sumber : namakucella

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut - rendam 3-4 jam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kacang mata hitam - rendam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
daun pisang & tali rafia untuk mengikat

Cara-cara :
1. Toskan pulut, masukkan ke dalam pengukus.  Letak kacang sebelah tepi pengukus tetapi jangan di gaul dengan pulut.  Kukus bersama sehingga 3/4 masak.  Keluarkan kacang terlebih dahulu, asingkan dari pulut.  Kemudian angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas.  Ketepikan.
2.  Masak santan, garam dan gula hingga gula larut tetapi jangan sampai mendidih.
3. Gaul campuran santan dengan pulut hingga sebati.  Kemudian masukkan kacang kukus tadi dan gaul rata.
4.  Koyak daun pisang anggaran selebar tapak tangan.
5.  Ambil 1 sudu besar pulut berkacang tadi dan bungkus seperti membuat lepat pisang.
6.  Ambil 2 biji lepat yang dah siap dibungkus dan ikat bersama dengan tali rafia dengan kemas.
7.  Masukkan ke dalam periuk, isi dengan air hingga tenggelam.  Rebus hingga airnya hampir kering.
8.  Angkat dan toskan.  Biarkan sejuk dan isinya pejal.
 Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan