Isnin, 31 Ogos 2015

Rendang Samudera


Rendang Samudera
Resipi :  Alinah Binte Ali
Sumber :  FB Lina Latif

Bahan A - di kisar
20 tangkai lada merah segar
20 biji bawang merah kecil
15 biji bawang putih
4 batang serai - ambil bahagian putih sahaja
4 biji cengkih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 biji buah pelaga

Bahan B
4 helai daun limau purut
4 helai daun kunyit
1 kg daging - potong ikut suka

Bahan C
500ml santan kotak / santan segar
1 cawan kerisik

Bahan D
Gula dan garam secukup rasa

Penyediaan :
1.  Tumis bahan (A) hingga pecah minyak.  Masukkan bahan (B) dan balik-balikkan hingga rata.  Masak hingga mendidih dan daging empuk.
2.  Masukkan bahan (C), kacau hingga bergaul rata.  Reneh dengan api perlahan dan akhir sekali perasakan dengan bahan D secukupnya.  Masak hingga kuah sedikit pekat.
Rendang Samudera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan