Isnin, 31 Ogos 2015

Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream


Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream
Sumber :  Lya Uzir Creative Living FB

Bahan A
2 cawan (420gm) gula kaster
1 3/4 cawan (240gm) tepung gandum
3/4 cawan (80gm) serbuk koko
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji telur - Pukul ringan
1 cawan (250ml) susu cair
1/2 cawan (125ml) minyak jagung
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan (250ml) air panas

Menghasilkan 25 biji saiz sederhana
Hiasan :  Oreo saiz kecil

Penyediaan :
1.  Panaskan oven pada suhu 165C.   Alas acuan muffin dengan cawan kertas.
2.  Satukan semua bahan A, gaul rata.
3.  Masukkan bahan B kecuali air panas.  Whisk hingga rata, kemudian masukkan air panas, gaul rata hingga adunan nampak pekat.
4.  Tuang ke dalam acuan 3/4 penuh.
5.  Bakar selama 30-35minit di rak tengah (bergantung pada saiz cupcake) hingga masak.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di paip dengan oreo buttercream

Oreo Buttercream
Bahan-bahan:
1 cawan mentega tanpa garam (unsalted butter) - suhu bilik
2 sudu kecil teaspoons vanilla essence
3 sudu besar susu/heavy cream
2 cawan gula icing
16 Oreos crumbs ( dibeli ready made atau dihancurkan dengan tangan)

Cara membuatnya:
- Pukul mentega, esen vanila dan susu sehingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula icing. Akhir sekali masukkan oreo crumbs dan kacau sebati.
Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream

Tiada ulasan:

Catat Ulasan